Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Bahkan kekurangan diri pun tak
akan menghalang seseorang untuk menggapai apa yang diinginkannya. Eli
Reimer, remaja Oregon berusia 15 tahun, adalah salah satu contoh
seseorang yang boleh meraih pekara besar walaupun mempunyai kekurangan.
Setelah 10 hari menempuh jarak lebih dari 70 batu, Eli yang menderita
syndrome down berjaya mencapai salah satu base camp di gunung tertinggi
dunia. Eli kemungkinan adalah remaja Amerika pertama dengan down
syndrome yang berjaya menakluk Mount Everest.
"Itu sungguh seperti bukan kenyataan. Berdiri di sana, melihat senyum di wajah Eli yang menunjukkan pencapaian, fakta bahawa dia sihat-sihat saja, bahkan lebih baik daripada kami semua. Sangat menginspirasi dan hebat," ungkap Justin Reimer, ayah Eli, seperti dilansir oleh NY Daily News (31/03).
Selain Eli, terdapat lelaki berusia 35 tahun yang juga berjaya menakluk Everest dan mempunyai syndrome down. Uniknya, ketika ditanya tentang kesukaran mendaki Everest, Eli menjawab "tidak ada" sambil tersenyum lebar.
Mendaki sebenarnya bukan hal mudah bagi Eli. Doktor harus terus memantau tekanan darah, tahap oksigen ketika Eli mendaki gunung. Namun pada akhirnya Eli berjaya menawan gunung tertinggi dunia dan menunjukkan bahawa kelemahan bukanlah apa-apa.
Sementara itu, keluarga Reimers juga berjaya mengumpulkan sumbangan sebanyak USD 85.000 untuk The Elisha Foundation, sebuah pertubuhan yang dikhaskan untuk menyokong keluarga dengan anak bagi menjalani khusus.
No comments
Post a Comment