INDIA – Sekumpulan pelajar kejuruteraan
di India berjaya mencipta pakaian dalam yang mampu memberikan kejutan
elektrik kepada perogol.
Selain kejutan elektrik berkapasiti
3,800 kilovolt, ia juga akan memaklumkan kepada pihak berkuasa dan
keluarga mangsa mengenai kedudukan lokasi jenayah tersebut.
Menurut salah seorang perekanya, Manisha
Mohan, alat pengimbas pada pakaian dalam berkenaan akan bertindak balas
secara automatik jika mangsa dicabul.
“ Suspek yang cuba mencabul
seseorang wanita itu akan terkena renjatan elektrik sebaik saja mangsa
mengaktifkan sensor di pakaian dalamnya, dan sistem GPS serta GSM akan
menghantar SMS kepada pusat bantuan kecemasan termasuk pada
keluarganya,” kata Manisha.
Alat pengimbas itu katanya
dipasang di bahagian tertentu terutama di bahagian badan yang dianggap
sebagai tempat tumpuan penyerang, berdasarkan kajian yang dijalankan
sebelum ini.
“Ketika belajar di sekolah, kita sentiasa diajar supaya berbuat baik dengan semua orang dan sentiasa senyum.
“Namun selepas melangkah ke dunia sebenar, ternyata senyuman kita tidak mampu menghalang ancaman sebegini rupa.
“Memandangkan penggubal undang-undang
mengambil masa yang lama untuk melaksanakan hukuman keras, maka kami
telah mencipta pakaian dalam yang dapat melindungi kaum wanita daripada
serangan seksual,’’ katanya.
No comments
Post a Comment