Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow]Warga asing dinasihat tinggalkan Seoul!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

                                             Foto

Seoul: Korea Utara semalam menggesa orang asing di Korea Selatan menimbang keluar dari negara jirannya itu kerana ada kemungkinan perang nuklear akan meletus di Semenanjung Korea.
Amaran itu menyusuli makluman kepada kedutaan asing di Pyongyang bahawa negara itu tidak boleh menjamin keselamatan diplomat jika perang meletus. Perkembangan di Semenanjung Korea kini menuju kepada perang nuklear, menurut kenyataan semalam oleh Jawatankuasa Keamanan Asia Pasifik Korea Utara. 


Jika perang berlaku, kami tidak mahu orang asing di Korea Selatan menjadi mangsa, kata mereka.



Ia juga menggesa semua pertubuhan, syarikat dan pelancong asing mengambil langkah ke arah berpindah dari Korea Selatan.



Tempatkan peluru berpandu



Di Tokyo, Jepun menempatkan peluru berpandu di ibu negara sebagai persediaan mempertahankan penduduknya daripada sebarang serangan Korea Utara. Pegawai berkata, pihak berkuasa mengutamakan keselamatan 30 juta penduduknya. Dua peluru berpandu darat ke udara Patriot Advanced Capability-3, sudah diletakkan di Kementerian Pertahanan Tokyo.



Kami meneruskan persiapan itu dengan menempatkan peluru berpandu PAC-3 kerana berada dalam keadaan berjaga-jaga. Laporan tempatan menyatakan, peluru berpandu PAC-3 akan ditempatkan di dua lagi lokasi di ibu negara.
AFP

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments