Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow]Adegan Ranjang, Artis Berhak Tolak!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Iqram
Sejak kebelakangan ini, penerbit dan pengarah filem seakan berlumba-lumba menghasilkan filem dengan babak-babak ranjang. Sebagai mengambil contoh, filem Mencari Cinta, lakonan Rusdi Ramli dan Nora Danish, yang sehingga kini mendapat kritikan hebat dari segelintir peminat.
Belum reda isu mereka, timbul pula ‘babak panas’ antara Remy Ishak dan Diana Danielle dalam filem Sembunyi: Bisikan Azazil. Walaupun babak itu sudah dipotong pihak Lembaga Penapisan Filem (LPF) namun pihak produksi sengaja menyebarkan ‘footage’ itu demi tujuan promosi.
Selain kredibiliti LPF sebagai badan penapisan menjadi tanda tanya, keberanian artis melakukan aksi murahan itu turut dituding sebagai punca ‘penyesatan’ filem tempatan.
Pada saya, ini adalah satu perkara yang sangat negatif kerana melibatkan agama dan bangsa. Adegan ranjang untuk sesebuah filem tidak sesuai dilakukan. Untuk menghasilkan filem yang menarik, penonton tidak perlu disogok dengan babak-babak demikian.
Jangan mudah terpengaruh dengan filem Inggeris, walaupun ia sekadar lakonan namun hukumnya tetap haram. Dengan cara ini juga akan merosakkan industri filem tempatan. Pihak penapisan filem juga harus lebih tegas. Pelakon juga berhak menolak jika ditawarkan adegan sebegini kerana ini melibatkan maruah.” - Darling Ngasri
Secara hukumnya, bersentuhan juga haram, apatah lagi babak-babak yang keterlaluan. Saya tidak berniat untuk menuding jari kepada mana-mana pihak. Namun, pihak yang berperanan dalam hal ini sepatutnya lebih peka dalam hal sebegini.
Jika adegan sebegini dilakukan ini akan merosakkan perspektif masyarakat mengenai filem tempatan, lebih baik kita laksanakan satu garisan panduan untuk menghentikannya dari sekarang. Pelakon seharusnya bijak menimbang tawaran yang diberikan.” - Iqram Dinzly
Sekarang ada pelbagai cara dapat dilakukan dengan menggunakan teknologi agar sesebuah filem nampak lebih menarik. Jangan jadikan aksi sebegini untuk menarik minat penonton ke panggung.
Malah pelbagai pihak akan memandang pada sudut negatif. Pengarah dan penerbit mempunyai peranan penting dalam penghasilan filem, maka buatlah filem yang mampu memberi nilai positif kepada masyarakat.” - Faizal Hussin
Saya tidak menyalahkan pengarah mahupun pelakon, kadang kalanya terpaksa melakukan sedemikian kerana penyampaian jalan cerita sesebuah filem, ia juga berpandukan kepada batasan kita sebagai orang Melayu.
Ia memang cabaran sebagai pelakon dan perlu berani dalam memegang setiap watak yang diberikan. Tapi seharusnya berpada-pada. Saya misalnya, sebagai isteri sudah pasti saya menjaga batas-batasnya dan lakonan ada hadnya.
Dalam dunia seni tidak semua orang menerima apa yang kita lakukan. Jadi sebagai penggiat filem perkara seperti ini perlu dipandang serius bagi mengelakkan sebarang kontroversi yang datang.” - Emelda Rosmila
Babak ranjang, boleh mengundang isu sensitif bagi masyarakat kita. Sebaiknya adegan seperti ini tidak perlu dilakukan dalam filem kita. Jika perlu sekalipun, janganlah terlalu ‘detail’ untuk di paparkan. Kita bukan seperti negara barat yang menganggap adegan tersebut menjadi perkara biasa
Di Malaysia kita mempunyai adat dan budaya yang tinggi. Bagi saya sendiri jika diberi watak untuk melakonkan sebegitu saya akan berbincang terlebih dahulu khuatir akan menimbulkan prasangka masyarakat terhadap industri filem tempatan.” - Kamal Adli
Saya tidak rasa karya tanpa adegan keterlaluan tidak layak untuk dijual dan mendapat sambutan hangat daripada penonton. Banyak filem-filem yang berjaya tanpa menyelitkan adegan sebegini.
Apa yang penting adalah garapan cerita dan kreativiti pengarah serta produksi itu sendiri. Saya pernah menerima tawaran berlakon sebagai seorang penggoda pada 1988 dengan memakai pakaian tidur, tapi menolak kerana saya rasakan ia tidak mendatangkan faedah, dalam hal ini pelakon juga mempunyai hak untuk menolak watak yang tidak sesuai dilakukan.” - Fauziah Ahmad Daud
Sumber: Sinar Harian

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments