Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow]Sikap Pemalu Dan Pendiam, Sukar Cari Jodoh!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Dayang Nurfaizah
Penyanyi hitam manis kelahiran Sarawak, Dayang Nurfaizah Awang Dowty, 32, mengakui dirinya sehingga kini masih belum memikirkan soal jodoh.
Dayang turut mendedahkan sikapnya yang pemalu dan pendiam membuatkannya sukar untuk mencari pasangan hidup kerana dia tidak tahu bagaimana untuk memulakan sesebuah perhubungan selain tidak meletakkan soal jodoh sebagai keutamaan dalam hidupnya.
Dayang yang popular dengan lagu Dayang Sayang Kamu dan Seandainya Masih Ada Cinta ini juga mengakui kini lebih selesa hidup membujang.
“Terus-terang sehingga kini, saya masih belum ada kekasih dan kerana sibuk membina kerjaya. Pasti ramai yang tidak percaya, tetapi inilah hakikatnya,” kata Dayang kepada Sinar Harian.
Walaupun lebih selesa hidup solo, Dayang turut mengatakan dia tidak mahu bujang sehingga ke tua.
“Suatu hari nanti, saya nak kahwin juga. Cuma buat masa ini belum ada jodoh,” jelasnya yang sebelum ini pernah dikaitkan bercinta dengan penyanyi lelaki idaman Malaya, Anuar Zain.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments