Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Pelakon Hollywood Reese Witherspoon Batal Temujanji Kerana Malu!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Reese Witherspoon Batalkan Temujanji Kerana Malu
Los Angeles – Pelakon Reese Witherspoon, yang ditangkap oleh polis, Ahad lalu, telah membatalkan semua temujanji dengan stesyen televisyen kerana malu dengan insiden berkenaan.
Antara temujanji yang dibatalkan ialah temubual bersama “Good Morning America” dan “Late Night with Jimmy Fallon”.
Pelakon “Mud” itu juga sepatutnya muncul menjalani rakaman bagi program ABC pada 10 pagi semalam, namun ia juga dibatalkan.
Ahad lalu, pelakon tersebut dan suaminya, Jim Toth telah ditahan oleh polis kerana kereta yang dipandu oleh suaminya itu tidak berada dalam laluan yang betul.
Witherspoon dengan lagak angkuhnya kemudian menyoal polis berkenaan “Awak tahu siapa saya, Anda patut tahu siapa saya, anda akan jadi bahan berita.”
Pasangan itu kemudiannya dibebaskan dengan ikat jamin.
Namun pada malam Ahad lalu, Witherspoon telah muncul di tayangan perdana `Mud’, beberapa jam selepas berita mengenai tangkapannya dilaporkan.
Biarpun dia melalui acara red carpet, namun Witherspoon tidak bertegur sapa dengan wartawan sementara suaminya, Toth pula dilihat menyelinap masuk ke dewan melalui pintu bahagian tepi.
Bagaimanapun Toth dilihat masih mampu tersenyum dan bercakap dengan tetamu yang hadir pada tayangan perdana itu.
Witherspoon sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa dia amat malu dengan insiden berkenaan.
“Saya telah minum dengan banyak, saya amat malu dengan apa yang saya katakan,’’ ujarnya.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments