Amalan ini kemudiannya menjadi satu cara hidup yang diperturunkan mengikut generasi dan menjadi ikutan dalam dunia pengasuhan moden apabila lebih ramai ibu bapa mula menyedari pelbagai manfaat boleh diperoleh daripada mendukung bayi.
Antaranya, ia dapat mengeratkan hubungan, sekali gus membantu perkembangan kesihatan bayi mereka.
Selain itu, bayi yang didukung atau digendong menjadi kurang menangis, lebih tenang dan bahagia apabila berada dalam dakapan ibu. Mereka merasakan lebih disayangi dan selamat apabila mencium bau badan dan corak pernafasan ibu mereka.
Selain itu, bayi yang didukung atau digendong menjadi kurang menangis, lebih tenang dan bahagia apabila berada dalam dakapan ibu. Mereka merasakan lebih disayangi dan selamat apabila mencium bau badan dan corak pernafasan ibu mereka.
Selepas mengandungkan bayi selama sembilan bulan dan menyusu badan, mendukung bayi menawarkan hubungan paling hampir dan erat antara seorang ibu dengan bayi mereka. Bapa juga dapat merasai ikatan serta-merta dengan anak melalui cara ini. Ia satu pengalaman yang tidak dapat dirasai berbanding menolak bayi di dalam kereta sorong.
Seorang doktor kiropraktik, Dr Moira Robertson, dalam penerangannya bertajuk ‘Kepentingan Memilih Pembawa Bayi Yang Betul’ berkata, sokongan yang sihat diperlukan bagi ibu untuk perkembangan tulang belakang yang sihat. Pembawa bayi yang baik harus menyokong tulang belakang ibu bapa dengan mengagihkan berat dari pinggul dan bahu seiring dengan pembesaran bayi.
“Ibu bapa harus mengelak daripada membeli pembawa yang mempunyai bahagian kelangkang yang boleh menyebabkan kaki dan pinggul anak-anak terjuntai atau lurus kerana ia menghalang pinggul berada di tempatnya. Pembawa bayi harus mempunyai tapak yang luas agar pinggul bayi berada dalam soket dengan betul,” kata Dr Moira.
Oleh itu, disyorkan agar pembawa bayi menyokong perkembangan tulang belakang bayi iaitu mengekalkan lengkungan C apabila bayi berbaring dan mengagih berat badan ke seluruh bahagian tempat duduk dari lutut dan apabila badan menegak.
Dengan peningkatan gaya mendukung bayi, pelbagai jenis penggendong dan pembawa bayi ditawarkan di pasaran. Namun begitu, faktor keselamatan, sokongan yang baik terhadap tulang belakang bayi dan mengelak pinggul mengalami displasia harus dititikberatkan ibu bapa dalam memilih jenis yang sesuai.
Menurut Pengurus Negara (Malaysia), B&G Baby and Maternity Distribution (M) Sdn Bhd, Jonathan Horsley, mendukung bayi sama seperti memberitahu kanak-kanak bahawa mereka disayangi, selamat dan dijaga.
Manfaat mendukung bayi ini dilaporkan dalam satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Pediatrics yang mengatakan, ia mempunyai banyak faedah antaranya mengurangkan bayi menangis.
Menyedari ibu bapa kini lebih berpengetahuan dalam memilih pembawa bayi pilihan mereka, B&G Baby and Maternity Distribution (M) Sdn Bhd memperkenalkan jenama Bloom & Grow, theBabaSling, Ergobaby dan Hippychick yang bukan saja sesuai untuk semua bayi malah memenuhi kriteria penjagaan tulang belakang yang sihat.
Pembawa bayi theBabaSling yang pernah memenangi pelbagai anugerah, menampilkan revolusi dalam rekaan, keselesaan dan kesederhanaan. Rekaan rajut buai adalah bentuk sempurna dalam menyokong pembentukan tulang belakang bayi baru lahir dan pada masa sama mewujudkan kemesraan dan ikatan penting antara ibu bapa dan anak.
Dengan tidak kurang daripada lima posisi dan tali yang mudah dilaras, theBabaSling mudah digunakan dan selamat dikongsi dengan datuk nenek, adik-beradik yang lebih tua dan penjaga.
Hippychick pula adalah tali pinggang sokongan belakang dengan bahagian berlapik untuk membenarkan golongan dewasa membawa anak mereka secara semula jadi diletakkan di pinggul tanpa rasa sakit belakang.
Direka bagi menangani punca sakit belakang dalam kalangan dewasa, tempat duduk ini memberikan keselesaan untuk kanak-kanak duduk dan menyokong berat badan yang kian bertambah. Bahagian belakang kekal lurus dan kanak-kanak terletak di dada ketika memakainya.
Diwujudkan dalam persekitaran tenang di Hawaii, pembawa bayi Ergobaby direka oleh Karin Frost untuk anaknya bagi memenuhi keperluan pragmatik agar bayi kekal rapat. Ergobaby adalah alat membawa bayi yang menyokong perkembangan tulang belakang dan pada masa sama mengagihkan berat bayi ke pinggul dan bahu ibu bapa mereka serta mengurangkan tekanan pada belakang dan tulang.
Ia menyesuaikan bentuknya secara semula jadi dan memudahkan kehidupan. Selain selesa, perkembangan badan bayi dan pergerakan ibu boleh digerakkan tanpa had kerana ia boleh dipakai di bahagian hadapan, belakang dan pinggul badan.
Bagi penyampai televisyen dan bekas Ratu Universe Malaysia, Lina Teoh yang baru saja melahirkan bayi lelaki, Dylan, mengakui penggunaan penggendong theBabasling bersesuaian dengan bayinya.
“Dengan gaya hidup aktif, saya sentiasa keluar melakukan pelbagai perkara pada satu masa. Saya juga perlu mengetahui Dylan sentiasa selamat berada di dalam penggendong. Apabila melihat dia senyap dan gembira, ia satu perasaan yang membahagiakan,” kata Lina yang berkongsi pengalaman peribadi menggunakan penggendong dan pembawa bayi.
Pelawak popular Harith Iskander dan isterinya, Dr Jezamine masing-masing memiliki Ergobaby untuk dipakai bersama anak mereka, Zander Xayne Iskander.
“Zander kini ingin mengembara dan tidak mahu duduk di dalam kereta sorong. Oleh itu, dengan pembawa bayi ini, saya boleh memerhatikannya dan Zander sendiri merasakan seperti dia berjalan, padahal saya yang sebenarnya sedang berjalan. Ergobaby mengurangkan beban dan dia kelihatan sangat selesa dan gembira,” ujar Harith Iskander.
Sementara itu, Dr Jezamine berkata, Zander mahu bergerak sejurus berada di dalam pembawa bayi. Dia sangat menyukainya.
Kaunselor penyusuan bertauliah dan suri rumah sepenuh masa, Ashley Ho mendapati pembawa bayi jenis Hippychick sesuai untuk bayinya kerana boleh digunakan ketika cuti sekolah dan membeli-belah. Ini kerana anaknya, Kaylene yang berusia dua setengah tahun boleh berada di dalam keadaan selesa dan duduk di pinggul apabila didukung.
“Apabila memakainya, saya merasai perbezaan yang dialami pada bahagian tulang belakang dan pinggul apabila mendukung bayi yang membesar setiap hari. Berat bayi diagih dan pinggul saya tidak melengkung bagi menyokong berat badan yang boleh memenatkan selepas beberapa minit mendukungnya,” ujar Ashley.
Jasbir Kaur yang aktif dalam kumpulan mendukung bayi di Malaysia pula menggunakan kedua-dua produk theBabasling dan Ergobaby.
“Dengan pembesaran Sadhanaa, saya beralih daripada penggendong kepada pembawa bayi. Saya gembira apabila Sadhanaa berada hampir dengan saya. Saya menggunakan pembawa bayi di rumah dan apabila berada di luar kerana merasakan sangat bermakna dan memudahkan urusan saya,” kata Jasbir.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai amalan mendukung bayi, layari laman sesawang www.bloomandgrowasia.com atau Facebook www.facebook.com/bloomandgrowasia.
No comments
Post a Comment