Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Bayi Derita Kepala Bengkak Terima AS$1.5 Juta!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

4
Seorang doktor di India telah memulakan usaha beliau untuk menyelamatkan seorang bayi perempuan berusia 18 bulan, Roona Begun yang mengalami masalah bengkak lebih dua kali ganda di bahagian kepala.
Usaha mulia itu bermula selepas sebuah hospital swasta terkemuka di New Delhi menawarkan perkhidmatan diagnostik.
Roona yang menderita ‘hydrocephalus’, sejenis penyakit yang jarang berlaku yang menyebabkan pengumpulan cecair di otaknya menetap di sebuah kawasan terpencil di Tripura, utara India.
2
Akibat daripada penyakit tersebut, kepala Roona membengkak pada ukuran 91cm (ukur lilit) yang menghasilkan tekanan di bahagian otaknya sekaligus menyebabkan Roona tidak mampu berdiri atau merangkak.
Pakar Bedah Otak di India, Dr Sandeep Vaishya telah mengetuai pemerikasaan sekaligus beliau memulakan penyaliran keluar cecair dari kepala Roona di sebuah hospital yang diuruskan oleh Kumpulan Fortis Healthcare.
Kumpulan tersebut juga mengendalikan 76 buah hospital di 11 buah negara dan mempunyai sebuah yayasan kebajikan yang menjalankan pembedahan secara percuma.
Laporan berkenaan penyakit Roona itu telah mendapat perhatian media antarabangsa selepas penyiaran gambar-gambar yang diambil oleh seorang jurugambar AFP.
3
Doktor-doktor tempatan telah memberitahu ibu bapanya sebelum ini untuk membawa bayi perempuan mereka ke sebuah hospital swasta di bandar, namun kekangan sumber kewangan menyebabkan niat tersebut terhalang.
Lantaran daripada penyebaran gambar tersebut, beberapa negara telah mengambil inisiatif untuk mengadakan tabung derma kilat.
Sebuah laman web yang berpengkalan di Norway, mygoodact.com telah mengumpul AS$1.5 juta (RM4.6 juta) menerusi kempen sebagai sebahagian kos rawatan Roona.
Jonas Borcgrevink, 22, menubuhkan kempen tersebut yang diuruskan bersama rakannya, Nathalie Krantz memberitahu AFP bahawa mereka melancarkan kempen tersebut setelah melihat gambar-gambar Roona yang dimuat naik di internet.
“Nathalie melihat banyak komen di internet daripada mereka yang ingin memberi bantuan kepada kanak-kanak itu. Maka dia memutuskan untuk memulakan kutipan derma ini,” kata Borchgrevink.
“Kami merancang untuk menjalankan kempen selama 30 hari dan kami berharap wang itu dapat membantu keluarga kanak-kanak itu dan juga digunakan untuk memberi rawatan lanjutan untuk tahun-tahun akan datang.”
4
Mereka yang mengendalikan tabung tersebut telah membina jaringan dengan kakitangan media tempatan di Tripura di mana ia akan membantu mereka menyalurkan wang yang dikutip terus kepada keluarga Roona.
Bapa Roona yang berusia 18 tahun, Abdul Rahman, seorang buta huruf yang mendapat upah 150 rupee (RM8.45) sehari bekerja di sebuah kilang bata dan ibunya, Fatema Khatun, 25, hidup bersama di sebuah rumah usang di Jirania Khola.
Fatema memberitahu AFP bahawa dia amat berterima kasih atas kemurahan hati semua orang yang sudi memberi bantuan.
“Saya amat berterima kasih, dan saya tidak mampu berkata apa-apa untuk menyatakan kebahagiaan saya ini,” jelas Fatema.
“Kami tidak mempunyai wang dan saya tidak tahu bagaimana untuk membalas semula jasa mereka kepada kami,” kata Abdul.
5
Institut Gangguan Neurologi dan Strok Kebangsaan yang berpengkalan di US menganggarkan kira-kira satu dalam setiap 500 kanak-kanak mengalami ‘hyfrocephalus’.
Rawatan yang biasa dijalankan adalah dengan menjalankan pembedahan dengan memasukkan mekanisme untuk mengalirkan cecair ‘cerebrospinal’ dari otak selain daripada penyerapan ke dalam aliran darah.
Pembedahan untuk merawat hydrocephalus tidak begitu berisiko, kata Dr Vaishya.
Malah, Dr Vaishya turut menyatakan bahawa kes-kes yang serius seperti yang terjadi kepada Roona sangat jarang berlaku.
“Kanak-kanak tersebut mesti berasa sangat sakit kerana kepalanya begitu berat.
“Namun, dalam imej yang saya terima, saya dapat melihat yang Roona masih boleh tersenyum, sekaligus membuat saya terfikir bahawa fungsi kognitif Roona masih lagi berfungsi,” tambah Dr Vaishya.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments