Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Pokok " Hibaku Jumoku" Tidak Mati Kena Bom Atom!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

 Hibaku Jumoku merupakan pokok ajaib yang tidak mati walaupun telah dihentam bom atom berkekuatan dahsyat milik Amerika.

Selepas insiden memilukan bom atom Hiroshima pada tarikh 6 Ogos 1945 silam, bandar ini seperti bandar mati yang dikelilingi bau hangus dan bahaya radiasi. Dr Harold Jacobsen, seorang saintis dari Projek Manhattan, mengatakan kepada Washington Post bahawa tanah Hiroshima akan "mandul" dan tidak akan ada tanaman yang tumbuh selama 75 tahun di bandar itu.


Tetapi, alam punya rencana lain. Musim semi berikutnya, semua orang terkejut dan sekaligus gembira, ketika sebuah tunas baru kelihatan muncul di antara puing-puing kota. Mereka adalah bibit pohon muda yang telah memberi harapan yang kuat kepada para mangsa yang selamat daripada insiden bom atom tersebut untuk kembali membina bandar.



Hari ini, setelah lebih dari enam dekad, Hiroshima telah menjadi sebuah bandar moden yang hijau dan dinamik. Banyak dari pohon yang ditanam di bandar ini selepas perang merupakan hadiah dari luar negeri dan juga dari negara bahagian lain di Jepun.


Namun yang menariknya, ratusan pokok yang masih berdiri hingga kini benar-benar berasal dari sisa letupan bom di kala itu. Meskipun rosak dan terbakar, ajaibnya pokok-pokok itu tetap selamat dan segera pulih kembali.



Selepas perang, banyak pokok-pokok yang diselamatkan dari 55 lokasi dalam radius 2 km dari hiposenter. Kini, mereka dibenarkan didaftarkan sebagai pohon yang dibom atau disebut hibaku Jumoku. Pokok yang selamat, lalu dikenal pasti dengan plat nama. Khabarnya, sekitar 170 pokok yang selamat yang mewakili 32 spesies yang berbeza.


Pokok yang paling dekat dengan hiposenter adalah sebuah pokok jenis Weeping Willow, yang berdiri 370 meter dari pusat letupan. Walaupun pokok asalnya telah dhangus terkena bom, akarnya yang selamat berhasil menumbuhkan tunas baru di dasarnya.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments