Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Britain Got Talent dikecam gara-gara menyiarkan persembahan tarian lucah budak perempuan 11 tahun!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Reality Britain Got Talent
London – Rancangan Reality Britain Got Talent dilanda kontroversi selepas ia menyiarkan persembahan seorang budak perempuan berusia 11 tahun yang menyanyikan lagu mengenai hubungan intim dan tarian lucah.
Episod pertama rancangan berkenaan untuk tahun ini yang disirkan pada malam Sabtu lalu yang ditonton oleh 13 juta orang , disifatkan sebagai tidak sesuai kerana ia disiarkan pada waktu puncak iaitu pada pukul 9 malam.
Ia juga menyaksikan bagaimana seorang peserta Keri Graham, berkeadaan dalam separuh bogel dan berlegar-legar di sekeliling Simon Cowell.
Keri yang merupakan seorang jurulatih tarian kerusi itu mempersembahankan tarian berahi diiringi lagu Freak Me, nyanyian Another Level.
Selain Keri, pelajar Arixsander Libantino turut menerima kritikan selepas menyanyikan lagu mengenai hubungan semalam iaitu One Night Only yang dinyanyikan oleh Jennifer Hudson.
Biarpun Libantino mendapat tepukan gemuruh namun sebaik sahaja Cowell dan barisan juri memberikan komen, orang ramai mula meluahkan kecaman di dalam laman web.
“Nyanyian lagu berkenaan oleh budak yang berusia 11 tahun adalah tidak sesuai sama sekali biarpun dia mempunyai suara yang sangat sedap.
“Ibu bapanya sepatutnya memberikan nasihat kepada anak mereka mengenai pemilihan lagu itu. Kanak-kanak tidak sepatutnya dibenarkan menyanyi lagu-lagu seperti ini,’’ itu pandangan orang ramai terhadap rancangan berkenaan.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments