Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Akhirnya terdedah.. kenapa anak 'Micheal Jackson' pakai topeng!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


LOS ANGELES - Paris Jackson yang merupakan anak perempuan kepada penyanyi yang digelar sebagai Raja Pop, mendiang Michael Jackson akhirnya mendedahkan punca dia dan dua saudara kandungnya memakai topeng selama bertahun-tahun semasa mereka masih kecil, lapor akhbar NewYork Daily News semalam.Menurut Paris, dia, abangnya dan seorang adik lelaki tirinya memakai topeng supaya wajah mereka tidak dilihat oleh orang ramai.

Gadis yang berusia 15 tahun berkata, Jackson mahu anak-anaknya menjalani kehidupan sebagai kanak-kanak normal yang lain. 

"Dia (Jackson) tidak mahu orang ramai melihat rupa kami. "Bapa juga mahu kami memiliki apa yang dia tidak boleh kecapi iaitu zaman kanak-kanak yang normal," katanya kepada akhbar dalam talian,MailOnline kelmarin.

Jackson yang popular dengan lagu Beat it itu terkenal kerana kerap melindungi wajah anaknya dengan menggunakan topeng atau memakai tudung bagi mengelakkan mereka daripada dikenali orang ramai.

Penyanyi itu juga terkenal pada zaman kanak-kanaknya menerusi kumpulan The Jackson 5 pada tahun 1960-an.

Paris dan abangnya Prince Michael Jackson I yang berusia 16 tahun merupakan anak hasil perkahwinan Jackson dengan Debbie Rowe.

Jackson juga mempunyai seorang lagi anak lelaki, Prince Michael Jackson II yang kini berusia 11 tahun.

Jackson II dikatakan dilahirkan oleh seorang ibu tumpang.

Jackson meninggal dunia ketika dia berusia 50 tahun akibat pengambilan berlebihan ubat bius propofol di rumah sewanya di sini pada 25 Jun 2009. - Agensi


About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments