Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Gambar Pengebom Di Boston Didedahkan!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Gambar Suspek
Biro Penyiasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI) telah mengenal pasti gambar dua suspek yang disyaki meletakkan beg berisi bom pada kejadian yang berlaku Isnin lalu.
Menurut agen FBI, Richard DesLauriers berkata, imej dua suspek itu diperolehi menerusi kamera keselamatan yang diletakkan di kawasan sekitar tempat kejadian sebelum berlakunya tragedi yang mengorbankan nyawa tiga orang awam dan menyebabkan 176 yang lain cedera.
Melalui imej itu, seorang daripada mereka memakai topi berwarna cerah dan seorang lagi memakai topi berwarna gelap.
Dua suspek lelaki itu juga disyaki bersenjata dan dikategorikan sebagai sangat berbahaya dan DesLauriers turut mengingatkan orang awam di sana supaya tidak sesekali mendekati mereka jika terserempak dengan suspek.
“Jangan ambil sebarang tindakan anda sendiri,” katanya tegas.
Tragedi yang berlaku di garisan penamat Marathon Boston itu telah mengorbankan nyawa Martin Richard, 8, Krystle Campbell, 29 dan pelajar lepasan Universiti Boston yang berasal dari China, Lu Lingzi, 23 tahun.
Gambar Suspek 1

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments