Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] 5 Selebriti Malaysia yang Popular Kerana Kontroversi!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

5 Selebriti Popular Kerana Kontroversi
Dunia glamor sememangnya tidak dapat lari daripada kontroversi. Mereka yang hidup dalam dunia glamor harus selalu bersedia menghadapi kontroversi. Ini kerana gerak-geri mereka sentiasa menjadi tumpuan ramai.
Biarpun ramai artis yang tidak suka dihimpit dengan kontroversi, namun ada juga segelintir artis yang dilihat seolah-olah memburu populari dengan mencipta kontroversi. Kali ini GUA tampilkan lima selebriti yang popular kerana kontroversi.
Rozita Che Wan
Siapa tak kenal dengan pelakon jelita ini. Aura yang dibawakan bekas pramugari ini tidak dapat dinafikan. Kemunculannya yang mesra dipanggil Che Ta di majlis sering menjadi tumpuan. Sikap ramah beliau juga menjadi sebab mengapa Che Ta disenangi pihak media.
Namun begitu, wanita ini tidak pernah lekang dengan kontroversi. Daripada cerita beliau dikaitkan bercinta dengan beberapa selebriti muda sehinggalah ditaja golongan VIP, Che Ta tetap tenang menghadapi kontroversi yang berlaku. Baik penyebaran gambar bogel seorang wanita yang dikatakan miripnya sehinggalah kepada gosip dia mempunyai hubungan dengan suami penyanyi popular negara.
Dia juga pernah mencetuskan kontroversi apabila mana kes anaknya yang didakwa menjadi mangsa buli di salah sebuah sekolah berasrama di Pahang menjadi bualan ramai. Tindakannya memberi komen terhadap kes berkenaan mendatangkan pelbagai reaksi peminat. Paling baru, kekasihnya sendiri, Zain Saidin telah menutup akaun Instagramnya dek kerana tidak selesa dengan komen-komen peminat yang tidak suka dengan gambar Che Ta yang seksi.
Suka atau tidak, populariti yang dibina Che Ta seiring bakat yang dimiliki beliau. Terkenal dengan watak Kiah Pekasam di saluran Astro Warna, Che Ta memikat hati peminat beliau dengan lakonan bersahaja dalam siri berkenaan. Rancangan bual bicara Primadona juga menjadi antara produk yang patut dia banggakan.
Ammar Alfian Aziz
Susuk tubuh tegap, wajah kacak dan bakat lakonan yang boleh dibanggakan. Nama Ammar Alfian Aziz kurang dikenali ramai biarpun pernah muncul dalam drama bersiri ‘Tari Tirana’ suatu ketika dahulu. Namun, kehidupan jejaka ini mulai berubah tatkala menjalinkan perhubungan bersama bekas kekasihnya ketika itu, Puteri Sarah.
Kehangatan kisah cinta mereka bermula apabila gambar-gambar intim antara mereka tersebar di laman sosial. Aksi-aksi pasangan ini yang dikatakan ‘panas’ menjadi bualan ramai. Sekelip mata, nama Ammar mulai menjadi sebutan pengikut indutsri hiburan Malaysia.
Tidak cukup dengan itu, Ammar yang juga seorang model telah mengejutkan ramai pihak dengan gambar-gambar peragaannya yang dikatakan ‘panas’. Gambar separuh bogelnya membanjiri trafik laman sosial dan rata-rata peminat membuat pelbagai andaian mengenai gambar berkenaan.
Namun, kemuncak kontroversi Ammar adalah apabila dia mencetuskan perbalahan bersama pihak media menerusi akaun Facebooknya yang mengandungi unsur ugutan. Tidak terhenti di situ, sikap baran Ammar disebut lagi apabila ada dakwaan mengatakan beliau telah memukul Puteri Sarah.
Seperti manusia lain yang punya kesilapan lampau, Ammar tampil membuat permohonan maaf terhadap pihak media dan peminat atas keterlanjuran perilakunya itu. Bangkit dari kisah masa lalu, Ammar kini dilihat kembali aktif berlakon.
Lana Nordin
Pamela Anderson Malaysia, tulah nama jolokan yang diberikan peminat dunia seni tempatan buat pelakon Lana Nordin dek penampilannya yang seksi. Seringkali, Lana dilihat hadir di majlis-majlis dengan gaya yang cukup berani.
Sudah lali dikecam kerana berpakaian menjolok mata, Lana tidak pernah terkesan dengan segala kritikan yang dilemparkan terhadapnya. Bagi Lana, hidup mesti diteruskan dan Lana sentiasa berusaha memperbaiki mutu lakonannya. Mungkin kerana kesabarannya itu, baru-baru ini dia tercalon sebagai Top 5 Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia 25.
Pelakon kelahiran Kuching Sarawak ini sekali lagi mengundang cakap-cakap orang tentang kehidupannya. Dia bersikap terbuka apabila ‘menayang’ teman lelakinya yang berasal dari Republik Czech baru-baru ini. Sering dipersoal mengenai ‘keaslian’ kecantikan yang dimiliki, Lana mengakui dia hanya pernah mengambil suntikan vitamin C sahaja. Pernah juga dituduh melakukan pembedahan plastik di Thailand dan gosip ‘dibela’ golongan VIP, suka atau tidak nama Lana Nordin terus mewarnai dunia hiburan tempatan.
Anzalna
Bakat yang ada pada gadis ini mula dicungkil setelah dia memenangi tempat ketiga peraduan Dewi Remaja. Kejelitaan yang dimiliki gadis berusia 25 tahun ini tidak dapat dinafikan. Jadi, tidak hairanlah dia diintai oleh ramai penerbit dan pengarah untuk turut serta dalam produksi mereka.
Tatkala Anzalna tidak menerima tempias populariti sehebat pelakon lain, nama gadis ini menjadi panas gara-gara pertelingkahannya dengan pemenang Dewi Remaja semusim dengannya, Neelofa. Aksi tuduh-menuduh, kutuk-mengutuk mewarnai perjalanan karier seni gadis ini untuk seketika. Biarpun sengketa ini meninggalkan rekod yang tidak baik, namun krisis ini sebenarnya membuka ruang publisiti kepada Anzalna mahupun Neelofa.
Daripada seorang pelakon yang kurang dikenali, kini Anzalna boleh dikatakan berada di kedudukan selesa kerana sudah ramai yang mengenalinya. Malah, rezekinya turut mencurah-curah. Seperti yang dimaklumkan Anzalna baru-baru ini, jadual kerjanya pada tahun ini sudah penuh.
Emma Maembong
Pelakon berdarah kacukan ini mula menempa nama setelah muncul dalam drama ‘Kau Yang Terindah’ bersama Neelofa dan Nazim Othman. Namun, bukan penampilan tersebut yang mula-mula menaikkan nama Emma. Segalanya bermula apabila dia dituduh tidak menepati janji berkenaan satu sesi fotografi bersama seorang wartawan.
Kisahnya itu mendapat liputan luas. Apatah lagi, ia melibatkan kerjaya Emma selaku pendatang baru dunia hiburan. Bagaikan bayi yang baru hentak bertatih, Emma menghadapi kontroversi ini dengan sikap profesional. Dia memohon maaf daripada wartawan terbabit tanpa mahu memanjangkan cerita.
Belum lagi reda kisah tersebut, Emma diduga dengan penyebaran gambarnya bersama seorang lelaki yang didakwa bekas teman lelakinya beberapa tahun dahulu. Aksi mereka yang agak intim menyebabkan nama Emma Maembong sekali lagi menjadi bualan hangat. Akur dengan kesilapan yang pernah dilakukan suatu ketika dahulu, Emma menerima segala kata-kata buruk yang dilemparkan terhadapnya dengan hati terbuka.
Sikap rendah diri dan jujur Emma akhirnya membuka ruang di hati peminat untuk menerima Emma seadanya. Sokongan demi sokongan diterima dan kemuncak kepada segala yang menimpa Emma adalah apabila dia tercalon ke dalam Top 5 Artis Baru Wanita Popular ABPBH 2012. Bukan itu sahaja, setiap kali Emma turun mengikuti siri jelajah ABPBH, nama beliau pastinya mendapat sorakan kuat daripada peminat.
Sumber: Gua.com.my

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments