Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow]Tahniah Ezad Exist Atas Pernikahannya!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Tahniah Ezad Exist Atas Pernikahannya...Inilah Wajah Isterinya, Nor Azeana Ramli
Tahniah buat Ezad Exists, 34, yang melangsungkan majlis pernikahannya dengan Nor Azeana Ramli, 34, pagi tadi di Masjid Lunas, Kulim, Kedah.
Berita ini mungkin mengejutkan segelintir peminat apatah lagi dia baru memutuskan pertunangan dengan Asliza Abdullah pada November lalu.
Malah Ezad sendiri mengakui telah cuba merahsiakan perkara ini kerana bimbang tanggapan negatif peminat yang mungkin melihatnya terlalu cepat mencarikan pengganti.
Berkongsi cerita perkenalannya dengan bakal isteri kepada Harian Metro, Ezad memberitahu kakaknya yang memperkenalkan Azeana, seorang pengurus jualan di sebuah hotel terkenal, kepadanya.
image (3)
“Kakak saya menemukan saya dengan Azeana tiga bulan lalu. Saya tak sangka mereka akan buat begini. Ikutkan saya malas, tetapi apabila berjumpa, saya dapati dia okay juga,” katanya.
Mengambil kira faktor usia yang semakin meningkat dan impian ibu bapa yang mahu melihatnya mendirikan rumahtangga, Ezad memberitahu, “Daripada melayan hati yang luka, ada baiknya saya terima saja ketentuan jodoh”.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments