Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Alat untuk 'godam' otak manusia dicipta!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


ia mungkin kelihatan seperti ciptaan yang sering digunakan di dalam filem sains fiksyen.Bagaimanapun, kumpulan saintis dari Universiti California, Oxford dan Geneva berjaya merealisasikannya ke dalam dunia realiti.
Menurut mereka, alat menyerupai set kepala itu mampu untuk 'menggodam' otak manusia untuk mendapatkan maklumat rahsia termasuk nombor pin mereka menerusi interaksi dengan komputer. 
Ia akan menghantar isyarat khusus dikenali sebagai P300 yang berfungsi untuk mengesan maklumat di dalam otak.

Ivan Martinovic di Jabatan Sains Komputer Oxford menyatakan ciptaan tersebut juga boleh mengakses maklumat seperti diperoleh menerusi alat elektroensefalografi (EEG) yang berfungsi untuk mengukur gelombang otak.

Melalui P300, saintis dapat mengesan pelbagai maklumat termasuk aktiviti separa sedar yang tersimpan di dalam memori pengguna.

Walaupun ia mungkin akan disalah guna oleh pihak tidak bertanggungjawab, ciptaan ini juga dikatakan amat sesuai digunakan dalam protokol soal siasat bagi mengesan butiran perbuatan jenayah yang dilakukan oleh suspek.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments