Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Pelakon Lagenda Hollywood Robert Redford berlakon filem Captain America!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

LOS ANGELES - Pelakon legenda Hollywood, Robert Redford akan muncul dalam filem blockbuster terbaharu adi wira Captain America.
Aktor berusia 76 tahun itu akan melakonkan watak pemimpin kanan dalam agensi rahsia kerajaan Amerika Syarikat, S.H.I.E.L.D.
Akhbar LA Times melaporkan filem Captain America: The Winter Soldier itu dijadualkan ditayang pada tahun depan.
“Saya beritahu anda saya membintangi filem ini bukan kerana wang,” kata Redford ketika ditanya mengenai watak baharunya itu di satu acara filem bebas di sini pada minggu ini.
“Saya berlakon dalam filem ini kerana filem ini berbeza. Ia sesuatu yang baharu untuk saya,” tambahnya.
Sekuel kepada filem Captain America: The First Avenger pada 2011 itu akan dibintangi sekali lagi oleh Chris Evans sebagai Captain America bersama Samuel L. Jackson dan Scarlett Johansson yang membawa watak Black Widow. - AFP



About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments