Mungkin memang wajar jika orang-orang zaman sekarang bersikap sangat protektif terhadap harta bendanya. Bayangkan saja, benda yang beratnya bertan-tan pun boleh ghaib disebat pencuri. Kes terkini adalah menghilangnya jambatan di sebuah kampung di Turki.
Warga sebuah kampung di daerah Golcuk di Kocaeli terperanjat apabila mendapati bahawa jambatan yang biasa mereka guna untuk menyebrang sudah ghaib dari tempatasalnya. Polis yang datang ke lokasi yakin jika jambatan itu dicuri oleh segerombolan pencuri yang datang dengan membawa lori.
Kes kecurian jambatan seperti ini memang bukan kes yang baru. Jambatan Suramadu kita yang terkenal itu saja pernah dicuri besinya seberat 3 tan. Di Czech lebih parah lagi, pencuri disana menggasak sebanyak 10 tan besi dari sebuah jambatan. Tapi semua itu tidak setanding dengan apa yang berjaya dilakukan oleh pencuri-pencuri di Turki ini. Mereka berjaya menggondol KESELURUHAN jambatan yang beratnya sebanyak 22 tan dan panjangnya 25 meter. Dianggarkan besi-besi curian tersebut bernilai $ 11.000 lebih.
Mustafa Karakas, seorang warga desa yang ditemubual media tempatan berkata kes ini sukar dipercayai. "Sekarang kita harus mencabut alas kaki dan menyebrang sungai ini," katanya
No comments
Post a Comment