Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Sony pertaruh 2 model baru! Sony Xperia Z dan Sony Experia ZL!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post




SONY Mobile Communications menjangkakan barisan model telefon pintar barunya, Sony Xperia Z dan Sony Xperia ZL akan membantu syarikat itu meningkatkan kembali penguasaan pasaran segmen telefon pintar premium di Malaysia. 

Ketua Pasaran Asia Tenggaranya, Ola Lilja Molen, berkata kedua-dua model telefon pintar baru itu adalah yang pertama dalam barisan telefon pintar yang ditawarkan bagi segmen premium. Katanya, kedua-dua model itu didatangkan dengan teknologi terkini termasuk prosesor berkapasiti tinggi, Adreno 320 dengan kuasa empat kali ganda pemproses berkelajuan 1.5 Ghz. 

Kedua-dua telefon pintar itu, katanya, menggunakan sistem operasi Android 4.1 (Jelly Bean) selain dilengkapi dengan kamera berkapasiti 13 megapiksel dengan kuasa zoom digital 16 kali serta fungsi tumpuan automatik. 

"Telefon pintar ini lahir daripada gabungan pengalaman meluas kami dalam membangunkan peranti pengguna seperti permainan video terkemuka, seperti PlayStation dan pelbagai peranti lain. Kini, bahagian perniagaan telefon pintar adalah tumpuan utama kami. 
"Kami yakin pengenalan pelbagai ciri dan teknologi canggih dalam kedua-dua model ini akan menambat perhatian pengguna telefon pintar yang sentiasa mahukan peranti mereka sejajar dengan trend pekembangan teknologi telefon pintar," katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran Sony Xperia Z dan ZL di Kuala Lumpur, semalam. 

Sony Xperia Z ditawarkan pada harga RM2,199 seunit manakala Sony Xperia ZL pula ditawarkan pada harga RM1,899. Kedua-dua model itu akan mula berada di pasaran mulai 15 Mac depan. 
"Kami kini sudah dalam peringkat akhir melakukan perbincangan dengan beberapa syarikat telekomunikasi utama negara ini, supaya mereka turut menawarkan Sony Xperia Z dan ZL dalam pakej perkhidmatan mereka. 


"Pengumuman mengenainya akan dilakukan dalam masa terdekat," kata Ola. 

Menariknya, model Sony Xperia Z direka sebagai telefon pintar kalis air, yang mana kelebihan itu akan memudahkan pengguna menjaga keselamatan dan kebersihan telefon pintar mereka dalam keadaan lembap atau basah. 

"Ia adalah salah satu cara kami membezakan telefon pintar keluaran Sony dengan syarikat lain dengan menawarkan lebih banyak ciri inovatif yang amat berguna kepada pelanggan kami," kata Ola. 

Kedua-dua model telefon pintar itu keseluruhannya mempunyai ciri hampir sama, kecuali Sony Xperia ZL yang mempunyai saiz lebih kompak, iaitu 131.7 inci berbanding Sony Xperia Z dengan panjang 139. 

"Pengenalan dua varian berbeza ini, iaitu elegan dan kompak adalah strategi kami untuk meraih pelanggan dengan cita rasa penggunaan telefon pintar yang berbeza. 

"Tahun ini, kami turut mempunyai rancangan untuk memperkenalkan telefon pintar dengan harga berpatutan dan rendah," kata Ola.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments