Memetik laporan Dailymail.co.uk, rakan-rakan Justin menganggap perilaku Justin, 19, yang semakin liar berpunca daripada persekitaran penyanyi itu di bandar raya terbabit.
“Semua keburukan itu mula kelihatan sejak dia (Justin) berada di LA. Dia banyak menghabiskan masa di sana (LA) sehingga kelakuannya mula berubah.
“Jadi, adalah lebih baik dia keluar sahaja dari tempat itu,” kata satu sumber.
Ada juga di antara rakannya memberitahu Justin sebenarnya masih mencari identiti dirinya sendiri dan jika tidak bertegas, berkemungkinan besar dia akan hanyut dengan perkara-perkara negatif.
Sebelum ini, Justin telah pun menunjukkan perilaku tidak senonohnya dengan keluar tanpa memakai baju, memakai seluar hingga menampakkan seluar dalam, menghisap ganja dan melanggar peraturan jalan raya.
Kelewatannya dalam membuat persembahan dalam sebuah konsert turut membuatkan orang ramai bengang dengan sikapnya itu.
Mynewshub.my
No comments
Post a Comment