Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow]Wanita terkaya Australia asal dari Malaysia!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post



VICKY Teoh yang berasal dari Malaysia mendahului Senarai Wanita Kaya Australia yang diterbitkan oleh Business Review Weekly (BRW) dengan anggaran kekayaan berjumlah A$390 juta (RM1.244 bilion. )
Beliau datang ke Australia dengan suaminya David Teoh pada 1986 dan menubuhkan TPG Telecom sebagai satu perniagaan peralatan komputer. 

Menyifatkan Vicky sebagai seorang yang berprofil rendah, BRW berkata pasangan Teoh telah membina perniagaan Internet bernilai A$2 bilion dalam tempoh kurang 20 tahun. Difahamkan Vicky tidak memberikan gambarnya kepada BRW seperti wanita lain yang disenaraikan. 

Akhbar mingguan itu berkata, Vicky merekodkan 12 bulan yang cemerlang tahun lalu, meningkatkan nilai pegangan 18 peratusnya dalam TPG sebanyak A$125 juta kepada A$380 juta. 

David adalah Ketua Eksekutif TPG. Anak lelaki mereka Shane menyertai lembaga pengarah TPG tahun lalu. Syarikat itu disenaraikan di Bursa Saham Australia. 

Vicky juga mempunyai kepentingan dalam peruncit cermin mata dalam talian Oscar Wylee. 
Senarai wanita terkaya itu, diterbitkan sempena Hari Wanita Antarabangsa, menyenaraikan 30 wanita yang menjadi kaya hasil usaha sendiri di Australia. 

Wanita kedua terkaya Australia ialah Rhonda Wyllie dengan anggaran harta sejumlah A$346 juta, menerusi kerjayanya dalam perniagaan pembangunan harta keluarganya, Wyllie Group, yang mana beliau adalah pengarah bukan eksekutif. 

Pelakon Nicole Kidman menduduki tempat ketiga dengan anggaran kekayaan A$320 juta. - BERNAMA

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments