Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] Wanita cina kerugian RM76,100 setelah tertipu gajet murah!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Kuala Lumpur: Tertarik pada harga telefon pintar yang 50 peratus lebih murah daripada harga pasaran menyebabkan seorang pelajar kolej kerugian RM76,100, malah dia juga terpaksa membayar wang kepada rakan yang membuat pesanan melaluinya.
Pelajar berkenaan yang mahu dikenali sebagai Teo, 21, dari Batu Caves, Gombak itu mendapat tahu mengenai sebuah syarikat menjual telefon pintar atas talian daripada rakannya yang pernah membuat pembelian 10 telefon pintar iPhone 5 pada harga murah
Menurutnya, syarikat yang didakwa beribu pejabat di Las Vegas, Amerika Syarikat itu beroperasi melalui laman sosial Facebook dan selepas rakannya mendapat barang yang dipesan dia pun berhasrat untuk menghubungi syarikat terbabit melalui e-mel.
Katanya, syarikat terbabit menawarkan seunit iPhone 5 pada harga RM900 dan dia membuat pesanan 75 telefon bimbit selepas rakan serta beberapa saudara memintanya untuk membuat pesanan.
“Penghantaran dijangka mengambil masa dua hingga tiga hari dari tarikh pembayaran dan pada 4 Februari lalu saya membayar RM55,000 melalui Western Union kepada pengurus syarikat terbabit.
“Beberapa hari selepas membuat pembayaran itu, saya diminta membayar RM5,000 untuk pelepasan cukai kastam di Singapura dan Malaysia. Tanpa syak saya membayar wang berkenaan,” katanya pada sidang media di Biro Pengaduan Awam MCA, semalam.
Teo berkata, selepas menunggu beberapa hari dia menghubungi pengurus syarikat terbabit dan dimaklumkan bungkusan mengandungi pesanan berkenaan ditahan polis manakala dia diminta membayar RM1,100 lagi untuk tujuan penghantaran.
“Tidak cukup dengan itu, syarikat terbabit turut mendakwa tersilap menghantar 100 telefon bimbit berikutan kesilapan invois dan saya diminta membayar RM15,000 lagi untuk tujuan berkenaan.
“Akibat tiada pilihan dan perlu memberikan telefon bimbit yang dipesan rakan, saya membayar wang berkenaan dan selepas semua bayaran dibuat, mereka meminta saya membayar RM1,500 lagi pada 7 Mac lalu,” katanya.
Katanya, ketika itu baru dia sedar dirinya menjadi mangsa sindiket penipuan sebelum membuat pemeriksaan nombor akaun Western Union dan mendapati ia dihantar ke Nigeria.
Menurut Teo, dia membuat aduan kepada Biro Pengaduan Awam MCA.
Pengerusi Biro itu Datuk Seri Michael Chong menasihatinya supaya tidak membuat bayaran lagi kepada sindiket itu.
Kata Chong, sejak 2011 pihaknya menerima tujuh kes membabitkan kerugian lebih RM600,000 menggunakan modus operandi sama.


About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments