Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » [Wow] EKSKLUSIF! Kelab Malam di Lahad Datu timbulkan tanda tanya!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Malam 'Tak Bertamu' Di Lahad Datu
KETIKA cuba meninjau suasana di waktu malam di bandar Lahad Datu semalam, kami melalui sebatang jalan yang menempatkan deretan rumah kedai.
Jalan yang dimaksudkan itu ialah di Jalan Cempaka.
Waktu ketika itu sudah menunjukkan pukul 11 malam.
Kami terlihat papan iklan yang terang benderang...Melody Lane Karaoke Pub and Lounge.
DSC01248
Di depan kelab itu terdapat beberapa orang wanita separuh abad yang menjual rokok dan aneka ‘jajan’.
Kami tertanya-tanya sendiri. Takkan di tengah kehangatan ‘perang’ yang diperkatakan, masih ada kelab malam seperti Melody yang ‘setia’ meneruskan operasi.
Perasaan ingin tahu itu membawa kami menaiki satu tangga kecil yang malap. Makin lama kedengaran bunyi lagu disko yang agak kuat.
Sebaik saja kami membuka pintu tersebut, kami tergamam melihat sekumpulan wanita seksi sedang duduk di satu set sofa.
Bunyi muzik yang kuat ternyata membingitkan telinga.
Ada beberapa orang pengunjung kelab berkenaan sedang begilir menantikan giliran mereka untuk menyanyi karaoke di sebuah pentas terbuka.
Tak sampai beberapa minit seorang ‘maknyah’ mendekati kami dan memperkenalkan dirinya sebagai ‘Mami Ros’.
20130311_012415
” Abang-abang semua kalau nak privasi, kami ada sebuah bilik karaoke tertutup, nyanyilah banyak mana pun tak payah malu-malu…kalau nak teman, kami ada awek cun-cun bah,” katanya dalam telor Sabah yang agak pekat.
Belum sempat kami memberi kata putus, Mami Ros terus mempelawa kami ke dalam bilik tersebut.
Kami kemudian ditanya sama ada mahu memesan bir pada malam itu.
” Cukup Coke saja untuk kami semua,” kata salah seorang dari kami.
Beberapa minit kemudian masuklah dua orang gadis seksi, ya cukup seksi.
Nasib baiklah lampu agak malap di bilik itu, kalau tidak tak mustahil kami semua dapat melihat warna bra dan seluar dalam kedua-dua gadis berkenaan.
Apa yang pasti, segala-galanya pantas, belum sempat kami berkata YA atau TIDAK, air Coke sampai dengan awek-awek sekali di dalam bilik tersebut.
Mereka memperkenalkan diri, seorang bernama Amy dan seorang bernama Yati.
Amy tidak banyak bercakap…hanya tersenyum sengih dan menyanyi lagu yang dipilihnya, lepas satu, satu. Lepas satu, satu.
Akhirnya baru ‘pecah lubang’…menurut Yati, kawannya itu seorang pendatang tanpa izin Filipna manakala dia berasal dari Kota Kinabalu.
Kata Yati, sejak tercetusnya insiden pencerobohan itu, bisnes di pusat hiburan itu jatuh merudum.
Pelanggan yang datang boleh dikira dengan jari.
Katanya, dia sendiri tidak begitu selesa bekerja di situ sejak mendapat tahu berlakunya insiden berkenaan.
20130311_011347
” Abang tengok sekarang, polis dan tentera ada di mana-mana, bila-bila masa saja tempat ini mungkin akan diserbu..’bos’ pun berniaga secara curi-curi, kalau dia rasa tak sedap hati pada hari itu, dia suruh kami pulang saja dan kelab ini ditutup.”
Kami kemudian bertanya adakah dia sudah tahu yang ramai anggota keselamatan kita terkorban.
Yati hanya mengangguk. Setelah meneguk bir yang dipesannya, Yati terus menyalakan rokok jenama L.A dan menyedutnya dalam-dalam.
” Abang jangan ingat saya kerja macam ni saya tak ambil tahu perkembangan kat luar. Masa baca kisah anggota kita mati ditembak itu di dalam akhbar, saya turut sama menangis.
” Tetapi yelah, ini saja yang saya mampu buat, saya ibu tunggal, anak ada tiga, nak kerja tiada kelulusan, kerja GRO sajalah.
” Bukan payah pun, buat-buat manja, gedik-gedik sikit, tolong tuang air ‘itu’, dah, selesai Kalau pelanggan suruh menari, saya terus jadi Mas Idayu!,” katanya sambil ketawa kecil.
Kemudian kami cuba berbual dengan Amy.
Rupanya walaupun tidak fasih berbahasa Melayu, namun Amy faham apa yang kita perbualkan.
20130311_002105-1
” Saya mari Filipina. takut. Sebelum ini pun saya sudah takut-takut, sekarang saya lagi takut, buat I really need money now,” katanya ringkas.
Lebih kurang setengah jam, Mami Ros masuk.
Memandangkan kami agak ramai, Mami Ros menawarkan lebih ramai gadis cantik untuk menemani kami.
” Ambillah lagi dua atau tiga orang bang. Jangan takut, peluru tak sampai kat sini. Senapang pun tak ada. Kalau ada pun kat sini cuma ‘pistol-pistol’ abang-abang semua yang gagah dan perkasa itu,” katanya sambil ketawa.
Macamlah kami tak faham perkataan ‘double meaning’ si Mami Ros itu.
Kami menolak tetapi Mami Ros terus mendesak.
Malah Mami Ros menawarkan ‘diskaun’ sekiranya kami setuju dengan cadangannya.
” Kami sudah tak banyak tamu. Kalau abang mahu, saya cuba pujuk mereka ikut abang semua ke hotel. Jangan risau, pandailah saya ‘ayat’ anak-anak ayam saya ni,” katanya.
Akhirnya dia terpaksa akur apabila kami enggan berbuat demikian.
Kami katakan pada Mami Ros, sedangkan waktu aman pun kami tak berkenan, apatah lagi waktu negara sedang berhadapan dengan keadaan genting sebegini.
Mami Ros hanya mendiamkan diri.
Ternyata demi wang, manusia menjadi semakin rakus, gila dan buntu.
Mungkin betul kata Mami Ros, malam semakin ‘tak bertamu…di Lahad Datu! – Mynewshub.my

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments