KUALA LUMPUR: Pengunjung di Times Square di sini gempar apabila seorang wanita maut selepas terjatuh dari tingkat enam kompleks tersebut di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, polis menerima panggilan pada 11.25 pagi dan mengklasifikasikan kes sebagai kematian mengejut.
"Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat," katanya kepada Bernama melalui sistem pesanan ringkas.
Sementara itu, seorang saksi (lelaki) yang enggan dikenali berkata, sebelum kejadian itu, kira-kira 10 pagi, wanita berkenaan dilihat berdiri di bahagian penghadang tingkat enam pusat beli-belah tersebut. - BERNAMA
No comments
Post a Comment