Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Hampir Bunuh Diri kerana Tak Tahan Orgasme 50 Kali Sehari!!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Sementara ramai wanita jarang atau bahkan tidak pernah merasakan orgasme, ada wanita yang mengalami orgasme yang tidak diingini. Wanita ini contohnya, sehari mengalami 50 kali orgasme yang tidak diingini sampai berniat untuk bunuh diri.


Amanda Gryce, wanita 22 tahun berasal dari Florida, Amerika Syarikat mengalami keadaan jarang ditemui yang disebut Persistent sexual arousal Syndrome (PSAS). Keadaan ini membuatnya mudah sekali orgasme hanya kerana mengalami getaran ringan dari benda sehari-hari termasuk getaran telefon.


Jika wanita lain menganggap orgasme sangat menyenangkan, Amanda dengan keadaannya ini menganggap orgasme sebagai sumpahan. Selain tidak selesa kerana terlalu sering terjadi, juga memalukan kerana kadang terjadi apabila berada di tempat awam.
“Ini tidak menyeronokkan, boleh dikatakan satu penyeksaan. Keadaan ini mengawal seluruh hidupmu dan seperti memberikan mimpi buruk. Aku boleh orgasme sampai 50 kali sehari, kira-kira 5-10 kali setiap jam,” kata Amanda seperti dipetik dari TheSun, Rabu (13 / 2/2013).
Kecenderungan untuk membunuh diri boleh difahami kerana keadaan seperti ini menyebabkan stres bagi penderitanya. Tahun lalu, Gretchen Molannen (39 tahun), juga dari Florida, mati bunuh diri setelah tidak kuat merasakan penderitaan PSAS selama 16 tahun.
Amanda sendiri merasakan kelainan ini sejak usia 8 tahun, tetapi tidak berani mengatakannya pada sesiapa. Pada waktu itu ia fikir hanya semacam obsesi berlebihan tentang seks dan akan hilang apabila berganjak dewasa ketika sudah boleh mengawal hasrat seksualnya.
Namun pada tahun 2008, ia mendengar maklumat tentang PSAS dari sebuah siaran radio. Sejak masa itu, ia yakin keadaan yang dialaminya bukan sekadar obsesi seks yang berlebihan kerana kadang-kadang pencetus orgasme tidak selalu berkaitan dengan seks. Getaran telefon misalnya, boleh membuatnya tiba-tiba orgasme.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments