GEORGETOWN – Penyanyi rap sensasi Korea Selatan, Psy menutup tirai Program Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 1Malaysia sebentar tadi.
Psy menyanyikan lagu popularnya “Gangnam Style” dengan disaksikan kira-kira 100,000 pengunjung yang membanjiri padang Kolej Han Chiang di sini, menanti kehadiran Psy sejak jam 9 pagi Isnin.
Majlis ini turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.
Dalam pada itu, Najib melahirkan rasa gembira dan bertuah kerana menerima sambutan meriah daripadapengunjung sempena majlis terbuka tersebut.
Ketika berucap pada majlis itu, beliau berkata kegembiraannya ialah keranaini adalah buat pertama kalinya beliau dapat menyambut perayaan Tahun BaharuCina bersama-sama dengan penduduk di Pulau Pinang.
“Terima kasih kepada warga Pulau Pinang kerana telah menyambut kedatangansaya dan isteri serta keluarga saya dengan begitu meriah sekali.
“Saya rasa bertuah dan amat gembira kerana pada tahun ini saya dapat lakukan sesuatu yang belum pernah saya lakukan iaitu untuk menyambut Hari Raya Cina dengan warga Pulau Pinang,” katanya dalam ucapan ringkas pada majlis Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baharu Cina Isnin.
Najib yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor dan anaknya Ashman Razak, Nooryana Najwa dan tunangnya Daniar Nazarbayev tiba kira-kira pukul 10.50 disambut Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri Pulau Pinang Teng Chang Yeow.
Yang turut hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman dan barisan pemimpin BN.
Najib turut menyeru masyarakat setempat agar saling hormat menghormati kebudayaan setiap kaum di Malaysia bagi mengukuhkan perpaduan untuk masa depan yang lebih harmoni.
Katanya perpaduan kaum serta saling memahami sangat penting sebagai pemacukemajuan dan perkembangan ekonomi negara di persada antarabangsa.
“Ini adalah kerajaan yang berlaku adil kepada semua rakyat Malaysia. Iniadalah kerajaan yang mempunyai rancangan sebenar untuk masa depan semua rakyatMalaysia.
“Rakyat Pulau Pinang mahu rumah yang lebih baik dan rumah mampu milik dan kerajaan akan menunaikannya…percaya pada janji ditepati,” katanya.
Dalam ucapannya Najib juga mengumumkan untuk menaiktaraf Kolej Han Chiang menjadi Kolej Universiti yang memberi pengkhususan dalam bidang pengajiankomunikasi massa.
Sebelum itu, anak beliau Ashman Razak menyampaikan ucapan selamat Tahun Baharu Cina dalam bahasa Mandarin dan mendapat tepukan gemuruh manakala Rosmah menyertai kumpulan koir menyanyikan dua buah lagu Mandarin iaitu ‘Gong Xi GongXi’ dan ‘Da Di Hui Chun’.
Majlis Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baharu Cina itu dimeriahkan dengan persembahan Chingay, tarian tradisional naga, persembahan tarian pelbagai kaumdan persembahan nyanyian daripada penyanyi terkenal tanah air Shila Amzah.
Kemuncak acara pada majlis itu diserikan dengan persembahan bertenaga daripada Psy..
No comments
Post a Comment