Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Wiiliam Yau Zhen Zhong - Panggilan palsu beri tekanan kepada ibu bapa kanak-kanak ini!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post




SHAH ALAM - Mereka yang membuat panggilan palsu kepada ibu bapa kanak-kanak, William Yau Zhen Zhong, 6, di Putra Heights,  Subang Jaya, yang dilaporkan hilang Rabu lalu boleh dikenakan tindakan undang-undang.


Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Selangor, Asisten Komisioner, Rosli Mohd Isa berkata, pihaknya menerima maklumat beberapa panggilan palsu daripada individu yang tidak dikenali diterima oleh keluarga berkenaan sejak kehilangan kanak-kanak itu.

“Satu pasukan khas ditubuhkan bagi menyiasat kes itu. Mereka juga akan siasat panggilan palsu,” katanya.

Menurutnya, pasukan yang terdiri daripada anggota polis berpengalaman itu juga akan melakukan siasatan di lokasi kejadian dan merakam keterangan beberapa saksi.

“Kami akan menyerah kertas siasatan kepada timbalan pendakwa raya untuk tindakan ke atas keluarga kanak-kanak itu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Selangor, semalam.

Ketika kejadian, anak kedua daripada tiga beradik itu dilaporkan hilang di Jalan Putra Mahkota, Putra Heights, Puchong, apabila gagal ditemui selepas dipercayai keluar dari kenderaan untuk mencari ibu bapanya yang pergi ke kedai barangan elektrik.



About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments