Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Bawani tidak minta untuk dimaafkan...
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post



SHAH ALAM - Pelajar jurusan undang-undang Universiti Utara Malaysia, KS Bawani menegaskan video 24 minit yang dimuat naik di Youtube itu, adalah video sebenar dan tidak diputarbelitkan oleh mana-mana pihak.

Aktivis NGO Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) itu berkata, Pengerusi NGO Suara Wanita 1Malaysia (SW1M),Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin tidak perlu memaafkan beliau kerana beliau tidak minta untuk dimaafkan.
“Seperti yang saya tegaskan, saya tidak minta dimaafkan dan saya juga tidak mendapat permohonan maaf daripada beliau.

“Saya rasa paparan video itu tidak diputarbelitkan, dan pada masa itu ada lebih 2000 pelajar yang boleh memberitahu perkara sebenar,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.
Katanya, isu utama adalah tentang kebebasan bersuara oleh mahasiswa bukannya kehangatan video itu dibincangkan.

Kelmarin, Sharifah Zohrah memberitahu yang beliau telah memaafkan Bawani dan pemimpin politik yang keras mengutuknya secara sengaja ataupun tidak sengaja.

Katanya, beliau kesal kenyataan-kenyataan yang mengkritik dirinya secara peribadi dibuat tanpa menyiasat dengan lebih lanjut dan menyifatkan kenyataan seperti ini sebagai tidak profesional.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments