Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Super Junior M bergabung dengan Backstreet Boys di Festival Gala Musim Bunga!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Menjelang acara berprestij Festival Gala Musim Bunga, ‘sub’ kumpulan SuJu, Super Junior-M (SuJu-M) bakal tampil membuat persembahan bersama band terkenal, Backstreet Boys (BSB) dan juga penyanyi tersohor Hong Kong, Cecilia Cheung. 


Hadir pada sesi rakaman untuk acara berkenaan bagi siaran khasnya baru-baru ini, BSB dan Cecilia juga tidak ketinggalan bersama mereka dalam sesi terbabit. 

Festival Gala Musim Bunga adalah sebuah rancangan paling berpengaruh di China dan meraih ‘rating’ tontonan tertinggi setiap kali slotnya ditayangkan sepanjang 10 tahun disiarkan. 

Sewaktu rakaman, SuJu-M yang mempersembahkan single terbaru mereka, Break Down buat pertama kali berjaya memukau penonton dan diberi tepukan gemuruh. Selain itu, mereka turut menyanyikan lagu popular Too Perfect. 

Sementara itu, video promosi Break Down juga sempat ditayangkan di Beijing pada 16 hingga 18 Januari lalu dan pastinya penampilan kumpulan terbabit bakal menarik lagi perhatian penonton. 

Tidak ketinggalan, SuJu-M juga turut mengadakan sebuah parti khas buat peminat setia mereka yang dinamakan Parti Break Down SuJu-M 2013 yang berlangsung di Nanjing, 19 Januari lalu. Festival Gala Musim Bunga akan disiarkan pada 8 Februari ini. 

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments