Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Nicki Minaj panaskan kerusi juri American Idol!
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Diberi jolokan Barbie Doll berkulit hitam, siapa tidak kenal dengan rapper yang banyak kali meledak dengan kisah ‘panas’ namun masih tetap jadi sanjungan ramai kerana bakat besarnya ini.
Paling mendidih pasti-nya isu pertengkaran dengan diva tersohor, Mariah Carey yang rancak diperkatakan apalagi rancangan realiti pujaan ramai, American Idol kini sudah memulakan musim barunya.


Kerana ‘mulut longkang’ penyanyi kelahiran Trinidad & Tobago itu, sengketa itu berterusan hingga kini walaupun keduanya seakan berpura-pura hubungan mereka baik-baik saja.
Menggantikan juri terdahulu, Steven Tyler dan Jennifer Lopez untuk musim ke-12, Nicki dan Mariah serta penyanyi muzik country, Keith Urban akhirnya dilantik menduduki kerusi rebutan ramai itu di antara ramai calon yang disebut-sebut.
Perbalahan antara mereka tercetus apabila wujud perbezaan pendapat terhadap seorang peserta uji bakat American Idol mengakibatkan Nicki hilang kawalan kerana tidak tahan dengan perangai ‘diva’ Mariah dan akhirnya menyumpah penyanyi ‘senior’ berkenaan.

Namun di sebalik kelancangan mulut serta sifat kasar pemilik nama sebenar Onika Tanya Maraj berusia 30 tahun itu, siapa tahu dia sebenarnya kurang yakin apabila ditawarkan kerusi juri berkenaan pada awal-nya.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments