SAN FRANCISCO: Iphone kekal sebagai telefon pintar paling popular di kalangan pembeli Amerika Syarikat (AS) pada penghujung 2012 walaupun telefon bimbit Android semakin popular di seluruh dunia, kata Kantar Worldpanel ComTech.
"Pada akhir tahun 2012, sistem operasi menunjukkan Android berada di atas, namun jelas menunjukkan kadar pertumbuhan yang dikecapi beberapa tahun lalu mula menurun apabila bilangan pembeli telefon pintar pertama mula berkurangan".
Apple iphone menyumbang 51.2 peratus daripada jualan telefon pintar di AS dalam tempoh 12 minggu yang berakhir pada 23 Disember tahun lalu.
Telefon pintar Android yang dikuasai Google mencatatkan jualan 44 peratus manakala telefon bimbit yang menggunakan sistem operasi Microsoft Windows berada ditempat ketiga dengan 2.6 peratusl.
No comments
Post a Comment