Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» »Unlabelled » Pewaris takhta Arab Saudi meninggal dunia
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


RIYADH - Putera Mahkota Arab Saudi, Nayef bin Abdul Aziz Al-Saud meninggal dunia di Geneva, lapor stesen televisyen negara berkenaan semalam.
Putera Nayef yang merupakan Menteri Dalam Negeri sejak 1975 dan dipercayai berusia 78 tahun, merupakan pewaris pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah II.
Beliau dilaporkan meninggal dunia di Geneva tetapi punca kematian pewaris takhta berkenaan tidak didedahkan.
Kematian Putera Nayef bermakna Raja Abdullah, 89, perlu melantik bakal penggantinya untuk kali kedua dalam tempoh tidak sampai setahun.
Setakat ini, Menteri Pertahanan, Putera Salman, 76, dilihat calon utama dan putera paling kanan bagi menggantikan Putera Nayef.
Putera Salman dipercayai akan meneruskan dasar pembaharuan yang dilaksanakan oleh Raja Abdullah, berbeza dengan pendirian abangnya.
Nayef sebelum ini memiliki reputasi sebagai pentadbir berfahaman konservatif yang menentang dasar reformasi Raja Abdullah.
Beliau turut bertanggung jawab menghapuskan penentangan rangkaian Al-Qaeda di Arab Saudi.
Putera Nayef, Raja Abdullah dan Putera Salman adalah antara hampir 40 anak lelaki pengasas Arab Saudi, Abdul Aziz Ibn Saud yang mengasaskan negara berkenaan pada 1935.

Diperoleh daripada Kosmo


About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments