Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» »Unlabelled » Baucer tukar tayar teksi
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

KUALA LUMPUR: Kira-kira 66,000 pemandu teksi akan mendapat manfaat daripada bantuan tayar melalui program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma) yang dijangka diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada 24 Jun ini.

Kategori yang layak menerima bantuan berkenaan adalah teksi bajet, teksi eksekutif, kereta sewa, teksi lapangan terbang, kecuali syarikat mendapat konsesi daripada kerajaan seperti limo lapangan terbang.


Berdasarkan borang dikeluarkan di laman web Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), pemandu teksi yang ingin memohon perlu memiliki kad pemandu sah, pemandu pertama (pemegang kad pemandu kedua tidak layak).

Pemohon yang mengisi borang lengkap bersama salinan kad pemandu sah, kad pengenalan dan di hantar sebelum 17 Jun ini akan menerima baucar mereka daripada Perdana Menteri ketika perhimpunan di Bukit Jalil.


setiap pemohon akan menerima dua keping baucar bernilai RM520. Setiap baucer bernilai RM260 itu boleh ditukarkan dengan dua tayar dan terpulang kepada pemohon sama ada untuk menukar empat tayar sekali gus atau dua tayar pada satu masa. 

Penukaran tayar boleh dilakukan selepas 14 hari menerima baucar yang tidak boleh ditunaikan itu. Jika harga tayar melebihi nilai diberikan, pemandu teksi perlu menambah kos mereka sendiri.


Penerima bantuan boleh menukar tayar mereka di 220 rangkaian pembekal tayar jenama ‘Continental’ dan 187 pembekal tayar jenama ‘Goodyear’ di seluruh negara. 



About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments