Isu Semasa
Hiburan
Global
Pelancongan
Performance
‹
›
Pelbagai
Misteri Sejarah
Informasi
Toronto: Seorang penerbit filem mengorak selangkah lagi untuk menjadi lelaki bionik selepas menggantikan mata batunya dengan kamera.
Rop Spence hilang sebelah matanya ketika berusia sembilan tahun. Dia cuba menembak selonggok najis lembu, tetapi tersilap melepaskan tembakan, menyebabkan dia hilang sebelah penglihatan.
Kini, pada usia 43 tahun, dia mengambil keputusan mengalihkan mata batu lamanya dan menggantikannya dengan kamera.
“Ramai yang berkata ia jenaka,” katanya.
Spence yang menggelar dirinya Eyeborg menjadi subjek dalam episod baru siri televisyen Dark Net. Siri berkenaan mengisahkan kehidupan sebenar subjek.
Menurut Spence, kamera mata itu membolehkan dia melakukan wawancara dengan lebih dekat tanpa gangguan kamera besar atau kru kamera.
Kamera mata itu kelihatan seperti mata palsu biasa. Yang membezakannya ialah ia kamera yang dilengkapkan dengan transmiter frekuensi radio.
Bagaimanapun, kamera itu tidak disambung pada deria optik, menyebabkan Spence tidak boleh menggunakannya untuk melihat. Sebaliknya, apa yang dilihat ‘mata’ itu boleh dilihat pada skrin yang dipegangnya. Ia juga boleh dipasang dan dipadam dengan satu sentuhan.
Satu-satunya kesan sampingan ialah apabila kamera mata itu digunakan untuk tempoh masa lama, ia mula panas.
Ini bermakna Spence boleh meletakkannya pada soket matanya kira-kira tiga minit sahaja.
Dia berharap, dalam masa terdekat nanti, kamera mata itu boleh merakam filem selama beberapa jam pada satu-satu masa. - Agensi
Hmetro ONline
Global
Kuala Lumpur: Seorang wanita gelandangan berlumuran darah di kepala selepas dipukul kerana menegur seorang kanak-kanak kencing di tempat tidurnya.
Dalam jam 10 malam kelmarin, mangsa, M.Saroja, 56, diserang selepas memarahi seorang kanak-kanak lelaki itu berhampiran Pudu Sentral di sini.
Pegawai Pasukan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Daerah Cheras, Mohd Rosdi Ishak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan dari pondok polis Pudu Sentral di sini, sebelum bergegas ke lokasi kejadian.
“Setibanya di lokasi, wanita itu ditemui berlumuran darah di kepala. Mangsa mendakwa diserang selepas menegur kanak-kanak lelaki membuang air kecil berhampirannya.
“Bagaimanapun bapa kanak-kanak itu muncul sebelum memarahi mangsa.Dia kemudian bertindak memukul kepala mangsa menggunakan botol arak,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Hmetro Online
Isu Semasa
Picture: Nypost.com |
KATHMANDU, Nepal – Seorang wanita berusia 112 tahun di sini mendakwa dia dapat hidup lama kerana tabiat menghisap sebanyak 30 batang rokok pada setiap hari.
Batuli Lamichhane berkata, dia menghisap rokok sejak berusia 17 tahun dan terus mengamalkan tabiat buruk itu hingga ke hari ini.
Namun, Lamichhane menasihatkan supaya hanya mengambil rokok tempatan, beedis yang digulung sendiri dan mengelak daripada menghisap rokok komersial yang banyak dijual di pasaran.
“Saya tidak kisah mengenai usia saya dan telah menghisap rokok sejak 95 tahun lalu,” kata Lamichhane.
Dia turut berkongsi rahsia kesihatan dengan sentiasa bergerak aktif dan tidak membiarkan diri berasa tertekan.
“Orang pada zaman moden ini mempunyai tekanan hidup yang tinggi. Ia menyebabkan umur menjadi singkat. Anda sebenarnya perlu aktif dan bebas tekanan,” katanya. – AGENSI
Kosmo
Global
Beaufort: Kewujudan tompokan lumpur panas di Jalan Beaufort-Menumbuk kononnya disebabkan aliran wap gunung berapi bawah tanah yang viral di laman sosial adalah tidak benar.
Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains negeri Mustafar Hamzah berkata, kejadian berlaku kerana tindak balas semula jadi dan bukannya disebabkan gunung berapi. “Ini hanya pembentukan lumpur biasa yang terjadi akibat air hujan yang menyerap masuk ke dalam tanah melalui retakan atau rekahan di permukaan bumi.
“Air hujan melarutkan batuan di dalam bumi sehingga membentuk lumpur berasid dan membebaskan gas,” katanya ketika dihubungi, semalam. Mustafar berkata, akibat pembebasan gas terlalu banyak, air bawah tanah akan tertolak ke permukaan tanah dan membentuk buih seakan-akan sedang menggelegak seperti kawah gunung berapi.
“Pada musim hujan, lumpur akan lebih cair atau likat selain membentuk lebih banyak buih disebabkan tindak balas kimia.
“Malah, lumpur yang menggelegak ini akan mengeras dan pekat sekiranya tiada hujan dalam tempoh lama,” katanya. Menurutnya, pemeriksaan pihaknya mendapati lumpur berkenaan tidak berbahaya kepada orang ramai. “Berdasarkan rekod, hanya Tawau dan Lahad Datu yang mempunyai sejarah pembentukan gunung berapi satu ketika dulu.
“Namun, tiada sebarang sejarah pembentukan gunung berapi di pantai barat negeri ini termasuk Beaufort dan Menumbuk, sekali gus dakwaan segelintir pihak berhubung lumpur gunung berapi terbentuk adalah tidak benar,” katanya. Katanya, lumpur yang terhasil di kawasan itu hampir sama dengan pembentukan lumpur di Pulau Tiga, Beaufort dan Ladang Binuang, Kunak, akibat larutan batuan dan tindak balas kimia.
Bagaimanapun, Mustafar berkata, pihaknya sudah mengarahkan pegawainya ke lokasi kejadian untuk mengambil sampel lumpur bagi membolehkan ujian makmal dilakukan secara terperinci. Sebelum ini, beberapa foto berkaitan pembentukan lumpur didakwa daripada aktiviti gunung berapi di Kampung Bangau, Jalan Beaufort-Menumbuk mendapat reaksi orang ramai selepas disebarkan melalui laman Facebook (FB).
Harianmetro
Isu Semasa
Picture: Bangkok Post.com |
BANGKOK – Warga kota Bangkok terpaksa menahan kesejukan yang menusuk hingga ke tulang berikutan cuaca sejuk luar biasa menyelubungi bahagian utara dan pusat bandar raya ini untuk dua malam berturut-turut dengan suhu dilaporkan semakin menurun.
Penduduk di ibu kota berdepan suhu dingin antara 13 hingga 16 darjah Celsius (°C) sejak dua malam lepas sehingga memaksa mereka memakai beberapa lapis pakaian untuk mengelak badan daripada menggigil.
Jabatan Meteorologi dalam kenyataan kepada media tempatan menasihati orang ramai agar bersiap sedia menghadapi cuaca lebih sejuk memandangkan suhu dijangka semakin menurun pada hari-hari berikutnya.
“Penurunan suhu sekitar 1 hingga 3°C akan berlaku dalam masa dua hari akan datang,” menurut kenyataan itu.
Bagaimanapun, suhu dingin yang dialami penduduk Bangkok ketika ini tidak melepasi rekod bacaan yang dicatatkan masing-masing pada 1975 dan 1999 apabila suhu di ibu negara itu menurun kepada 10°C dan 11.7°C.
– Bernama
Kosmo
Global
BRASILIA – Kerajaan Brazil mengerahkan lebih 200,000 askar untuk melakukan lawatan rumah ke rumah bagi memerangi nyamuk Aedes yang membawa virus Zika, demikian menurut satu laporan kelmarin.
Virus itu menjangkiti bayi dalam kandungan sehingga menyebabkan kecacatan otak yang dikenali sebagai mikrosefali.
Akhbar O Globo melaporkan Menteri Kesihatan, Marcelo Castro berkata, anggota tentera itu akan melawat kediaman di seluruh Brazil mengagihkan risalah serta memberi nasihat kepada orang ramai.
Castro berkata, kerajaan juga akan mengagihkan penyembur aerosol kepada sekurang-kurangnya 400,000 wanita hamil yang menerima bantuan kebajikan.
Peningkatan kes kecacatan otak dalam kalangan bayi baru lahir di Amerika Latin terutamanya Brazil sejak beberapa bulan lalu mendorong Amerika Syarikat dan beberapa negara lain memberi amaran kepada wanita hamil agar tidak berkunjung ke rantau itu.
Virus Zika tidak berjangkit sesama manusia. Pesakit simptom menyerupai selesema yang akan hilang dalam tempoh kira-kira seminggu.
Namun, virus Zika amat berbahaya apabila menjangkiti wanita hamil dan janin mereka.
Brazil merekodkan se–kurang-kurangnya 3,893 kes mikrosefali sejak Oktober 2015 sekali gus melonjak berbanding purata 160 kes yang dicatat pada setiap tahun.
Selain virus Zika, nyamuk Aedes juga membawa virus demam denggi dan chikungunya. – AFP
Kosmo Online
Global
Taipei: Lebih 57 orang dipercayai maut, kebanyakannya warga emas, kerana cuaca sejuk mengejut yang melanda Taiwan terutama di ibu negerinya, Taipei.
Gelombang sejuk yang membuatkan suhu jatuh mendadak sehingga 4 darjah Celsius di bandar itu - yang lazimnya mengalami cuaca subtropika dan kebanyakan kediaman tiada alat pemanas - menyebabkan ramai penduduk mengalami masalah jantung dan kesukaran bernafas.
Jurucakap kerajaan bandar itu, Chang berkata: “Mengikut pengalaman kami, masalah timbul bukan disebabkan suhu yang rendah, tetapi kerana cuaca tiba-tiba menjadi terlalu sejuk mengakibatkan masalah terhadap sistem peredaran darah ramai orang.”
Gelombang sejuk dikatakan menjadi punca 40 maut di Taipei manakala New Taipei City berhampiran melihat 17 lagi kematian akibat cuaca sejuk.
Hmetro
Global
Photo By: www.timeout.com |
SHAH ALAM – Dua buah restoran makanan di sebuah pasar raya di sini diberi notis untuk membuat penjelasan berhubung harga milo ais yang dijual pada harga RM5.90 hingga RM6.70 segelas.
Penolong Pengarah Kanan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor, Yusof Bakar berkata, notis mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 kemudian dikeluarkan terhadap dua buah restoran terbabit.
Yusof berkata, notis itu dikeluarkan bagi memberi peluang kepada pengusaha kedua-dua restoran terbabit untuk mengemukakan penjelasan mengenai kenaikan harga tersebut.
Menurut beliau, sebelum ini pihaknya menerima aduan daripada orang ramai sebelum pihak KPDNKK membuat pemeriksaan di kedua-dua restoran berkenaan.
“Kita telah memeriksa harga makanan dan minuman, kita mendapati, minuman milo ais dijual pada harga RM5.90 hingga RM6.70 berbanding harga normal RM2.20 sen serta air suam dijual pada harga RM0.80 sen.
“Harga tersebut terlalu tinggi. Justeru, kita keluarkan notis kepada kedua-dua premis terbabit dan mereka dikehendaki memberi penjelasan dalam tempoh seminggu,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
By: Kosmo
Isu Semasa
BEIRUT – Kumpulan Islamic State (IS) menyebarkan satu video kelmarin bagi menunjukkan sembilan anggota militan yang terlibat dalam serangan di Paris pada November lalu menyebabkan kematian 130 orang.
Video berkenaan turut menyampaikan kata-kata ancaman terhadap negara-negara ‘perikatan’ termasuk Britain yang menyerang kedudukan IS di Syria dan Iraq.
Laman web IS yang menyiarkan video bertajuk Bunuh di mana sahaja kamu temui mereka menunjukkan empat warga Belgium, tiga Perancis dan dua dari Iraq yang dikatakan bertanggungjawab ke atas serangan tersebut.
Video itu turut menunjukkan sembilan anggota IS terbabit melakukan kekejaman sebelum serangan di Paris, termasuk memancung kepala dan menembak mangsa yang dikatakan tebusan kumpulan tersebut.
Dalam rakaman tersebut, anggota militan terbabit yang bertutur dalam bahasa Perancis dan Arab menyatakan, ‘mesej mereka adalah kepada semua negara yang mengambil bahagian dalam perikatan (diketuai Amerika Syarikat)’ yang menentang IS di Syria dan Iraq sejak September 2014.
Rakaman itu juga memaparkan gambar Perdana Menteri Britain, David Cameron dengan kenyataan bahasa Inggeris: “Sesiapa yang berdiri bersama orang kafir akan menjadi sasaran pedang kami.”
Presiden Perancis, Francois Hollande menegaskan bahawa video itu tidak akan melemahkan semangat negara itu untuk menentang keganasan.
“Tiada apa yang boleh mematahkan semangat kami, tiada ancaman akan melemahkan Perancis dalam perjuangan menentang keganasan,” kata Hollande kepada wartawan di New Delhi ketika sesi lawatan rasmi beliau ke India.
Tidak dapat dipastikan kenapa IS menyiarkan video itu lebih dua bulan selepas serangan berdarah pada 13 November tersebut dengan anggota militan menggunakan senjata api dan jaket bom untuk melancarkan serangan terancang di bar, restoran dan sebuah dewan konsert di Paris.
Tujuh daripada penyerang mati ketika serangan, manakala dua lagi ketika serbuan polis tetapi jumlah sebenar tidak dapat dipastikan. – AFP
By: Kosmo
Global
HONG KONG – Hong Kong mengalami cuaca sejuk luar biasa semalam apabila suhu menjunam ke tahap terendah sejak hampir 60 tahun lalu.
Agensi kaji cuaca memberi amaran kepada penduduk bandar raya yang biasa dengan iklim subtropika itu bahawa ‘suhu sejuk melampau’ semakin meningkat dengan angin sejuk monsun.
Suhu sebelah pagi menurun kepada 3.3 darjah Celsius di kawasan bandar raya dengan kebanyakan bangunan tidak mempunyai sistem pemanas berpusat, manakala cuaca di kawasan bukit berada pada bawah tahap beku.
“Ini adalah cuaca paling sejuk sejak 59 tahun lalu. Tahap terendah harian jatuh kepada 3.3 darjah Celsius, rekod sebelum ini ialah 2.4 darjah pada Februari 1957,” kata Pegawai Sains Kanan Hong Kong, Wong Wai-Kin kepada agensi berita AFP.
Walaupun cuaca sejuk tersebut tidak seteruk cuaca di Amerika Syarikat dan sebahagian besar wilayah di China, suhu rendah itu merupakan sesuatu yang baharu bagi ramai penduduk di pulau ini.
“Cuaca sangat sejuk dan berangin di Hong Kong. Orang ramai dinasihatkan memakai pakaian panas dan mengelakkan terdedah kepada angin sejuk terlalu lama,” jelas satu amaran yang dipaparkan di sebuah laman web kerajaan bandar ini.
Ketika suhu terus menjunam, penduduk yang tertarik dengan suasana tersebut membanjiri kawasan lebih tinggi bagi mencari pembentukan fros, lapor sebuah stesen penyiaran tempatan, Cable TV.
Pengkaji cuaca meramalkan suasana di bandar ini tidak akan berubah sehingga pertengahan minggu ini. Pusat Pemantau Hong Kong pula memaklumkan cuaca paling sejuk pernah dicatatkan di bandar ini ialah 0 darjah Celsius pada Januari 1893. – AFP
BY: Kosmo
Global
PETALING JAYA: Sebuah video yang menjadi viral memaparkan seorang kanak-kanak perempuan yang menjerit dan menangis selepas diikat kaki dan tangannya membangkitkan kemarahan netizen.
Bukan setakat diikat malah, kanak-kanak malang itu turut dilempar ke lantai dan digigit oleh seorang lelaki yang ditangannya ada memegang vape.
Berdasarkan pemerhatian pada video, kanak-kanak itu dipercayai berusia lingkungan 5 tahun dan kejadian berlaku di dalam bilik di sebuah rumah yang turut disaksikan ibu kandungnya sendiri.
Rata-rata pengguna alam maya yang telah menonton video tersebut mengutuk perbuatan individu yang bertanggungjawab menyiksa kanak-kanak berkenaan dengan menyifatkan ia sebagai satu tindakan tidak berakal dan tidak berperikemanusiaan.
Beberapa blog turut berkongsi video tersebut dengan mendapat banyak komen di Facebook yang meminta agar pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pendera terbabit.
Bagaimanapun, sehingga berita ini disiarkan tidak diketahui bila dan di mana kejadian itu berlaku.
Isu Semasa
Dilapor Dailymail, Rabu 9 Disember 2015, si pemilik yang tidak disebutkan namanya memang sengaja menjualnya kerana dia mengaku tak mungkin melakukan pemulihan yang pastinya perlu mengeluarkan kos puluhan ribu dolar.
Si pemilik juga menceritakan bahawa kereta itu mempunyai nombor plat asal iaitu URY304. Kereta yang dibeli di Berkeley, California, pada 1968 itu hanya dipakai hingga 1974 sebelum disimpan selama 40 tahun.
Menurut seorang rakan si pemilik, untuk memperbaiki Porsche Speedster sekurang-kurangnya diperlukan kos hingga US $ 20 ribu.
Global
Malaysia bumi tercinta sudah menjangkau lebih separuh abad kemerdekaannya dan pelbagai kemajuan dan kemudahan telah ada dan dikecapi oleh rakyatnya kini.
Apabila mengimbau kembali dengan melihat gambar-gambar lama sudah pasti kita akan merasa kagun dengan pencapaian yang dinikmati sekarang.
Antara kemudahan yang kita kecapi sudah pastinya seperti Lebuhraya Utara Selatan(PLUS) yang menghubungkan utara ke selatan, Lebuhraya Pantai Timut(LPT1, LPT2) menghubungkan Pantai Timur dengan Kuala Lumpur, lapangan terbang, jambatan Pulau Pinang dan pelbagai lagi.
Di sini kami ingin kongsikan gambar-gambar lama yang telah dimuatnaik oleh seorang pengguna Facebook bernama Amir Farid dan Najmudin Muhamad, dimana dia memuatnaik gambar-gambar semasa mereka dan rakannya berbasikal menjelajah lebih separuh negeri-negeri di Semenanjung Malaysia seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Kuala Lumpur pada Disember 1989 iaitu 26 tahun lalu.
Bagi kami gambar ini memang 'rare' melihat pengalamannya melalui kawasan pada masa itu baru membangun lebih-lebih lagi lebuhraya Timur Barat, Gerik Perak yang sedang di bina di mana kita ketahui ia adalah jalanraya yang paling susah dibina kerana sering disabotaj oleh komunis.
Apa yang lebih menarik mereka mendapat pengiktirafan 'Orang Melayu Pertama yang kayuh basikal merentasi Jalan Raya Timur Barat' oleh pihak tentera dan catatan pengembara telah mendapat perhatian pihak media di mana artikel mengenai mereka telah dikeluarkan oleh akbar Berita Harian pada 18 May 1990.
Satu lagi menarik perhatian admin ialah keadaan pantai beriadah terkenal di Pahang iaitu Teluk Cempedak pada tahun 1989, memang cantik.
Jom kita saksikan gambar-gambar berkenaan bersama kapsyen yang saudara Amir Farid ceritakan di setiap gambar.
01. gambar di atas jambatan Temerloh... bertolak lepas subuh dari Temerloh berbekalkan hanya RM350 lebih kurang... basikal lomba rega nyer RM280 masa tu so tinggal berapa... RM70 laa kan... mie blass ngan udean dah beli lama dah basikal memasing... sepatutnya pudin pun gi sekali... tapi kena culik dek alien... tu yang berapi dalam gambar sebelah mie tu.
02. mulalah kayuh masuk Mentakab... Lanchang... makan pagi tah kemana... jamak sekali makan tengahari jek somewhere dekat gerai area kilang tetepi jalan... jumpa surau kita org singgah jamak takdim... jam kuning aku yg ustaz adipek Hasnul Hadi Zainal Abidin hadiahkan tercicir... tak lama pas tu kita orang masuk Karak Highway...
03. permulaan Karak Highway relax skit sebab takat bengkang bengkok jek takde bukit.... maghrib kita org sampai surau kampung Lipur Lentang... surau bersawang... org jarang pakai... suspen din kena kacau malam tu... aku tak ingat kita org makan ke tidak malam tu... esuk subuh bingkas bangun... dengan tak makan apa pun... kayuh lagi...
04. pantang jumpa punca air... selalunya driver lori yg berenti kat tempat macam ni... so kita org minum air bukit jek untuk kasi tambah tenaga... nak beli air tenaga lembu merah tu tak berapa mampu...
05. sampai area Selesa Hillhomes dan Bukit Tinggi mula sesak kita org mendaki... gear besor pun tak terkayuh dah... erek laa basikal sampai puncak terus baring tepi longkang ke... batu atau duri tajam ke... lantak asal boleh baring... giler punya letih yang teramat letih... then lepas rentas bukit tinggi... masuk terowong... turun bukit laju sangat laa pulak sampai berlumba ngan lori balak... laju jek sampai KL...
06. kat KL kita org lepak kat Masjid Pekeliling... then baru laa makan kat Lorong Katak... pas tu ronda-ronda kotaraya laa sampai ke malam... lumba ngan bas mini pulak... bas mini kuat cilok pas tu brek mengejut sesuka hati... nyaris jugak kita org tak melekat kat badan bas mini tu...
07. kayuh lagi esuk nya naik ke Ipoh... ikut jalan lama rasanya... jalan ni kita org agak laju... mungkin sebab jalan banyak yang straight kut... mie paling laju... aku cam biasa laa last sokmo...
08. permandangan mungkin kurang menarik sepanjang perjalanan ni... banyak kebun getah...
09. dan ladang kelapa sawit... tapi cantik jugak tu.
10. kita org tak singgah Ipoh town pun... terus kayuh sebab target utama gi Penang... sebab nak carik kerja sementara di kilang-kilang kat sebelah sana... lepas rimas layan udean usha anak mami kat Butterworth kita org redah Jambatan Pulau Pinang tapi kena halau...
11. terpaksa naik feri... tu yang frust tu... alasan polis kat situ kata takut kita org melayang di tiup angin masa kat tetengah jambatan tu nanti... sebelum naik feri 'cekik' dulu... org lain datang Penang makan nasik kandar... kita org hanya mampu makan nasik dgn telur mata kerbo bersama air suam... dan itulah menu kita org dimana-mana saja... malu nak tambah air suam kita org balun air untuk buat basuh tangan jek...
12. kita org tour satu Pulau Pinang tuu... last last patah balik lepak kat Batu Feringghi... ada cina sepet ni tak reti menjala... udean dengan pantas laa... beramah mesra tolong tunjuk ajarkan cara anak jati tebing Sungai Pahang menjala... lepas lauk kita org malam tu... just beli nasik dgn kari jek... ikan memang aku laa tukang siang cam seselalunya...
13. nyala unggun api mie memang terrer... garam kunyit takde... simbah air laut jek laa untung-untung ada rasa masin sikit...
14. botol sarsi tu eksyen jek... kita org minum air laut jek senornyer tu... dah start terbakar... hitam dah kulit memasing... kita org tidur celah batu jek malam ni... nasib tak hujan... bapok sejuk nyer angin laut... tapi nyamuk kenyang sampai mati suntik kita org...
15. maleh dah nak tunggu jawapan mintak kerja kat kilang... kita org cabut... kayuh naik ke Kedah... syok... org lain naik kereta nengok sawah... kita org kayuh basikal jek lalu cecelah sawah... cantik nya... bapok luasnya sawah padi...
16. kayuh punya kayuh masuk ke Perlis... tapi kita org tak pergi memana town pun... ikut jalan kampung jek...
17. sampai ada satu masjid cantik ni kita org berenti jamak takhir... punya laa banyok pokok nyiur tepi kubor tu... apa lagi mie mintak belas kasihan tuk siak kat situ... lepas lah lunch kita org hari tu... 2 atau 3 biji sorang nyiur buat bekal tenaga untuk terus kayuh...
18. pepagi kayuh lagi... dari Perlis masuk semula le sempadan Perak... kita org sampai ke Pengkalan Hulu, Perak... jalan lama... begerutu... berlubang... bukit punya tinggi... adeehh... rasa cam nak campak jek basikal masa tu... tak boleh kayuh... erek jek merangkak-rangkak... asyik kena horn jek ngan lori balak... ajak berpaut... mana larat dah... tak sempat pun...
19. dah malam baru sampai... bapok lapor... udean ngidam nak satay... pergi lah dia cari upoh bakor satay...
20. aku buat burger boleh laa sesikit... mie dia magic sikit... dia tahan lapor...
21. mie berlajar jual yong tau fu...
22. breakfast kita org makan roti canai... mulanya cicah kari pas tu gula... gula siap mintak tambah sebab nak ratah gula tu... ratah gitu jek... konon nak bagi tambah tenaga laa... sebab nak ke Grik pulak lepas ni... bukit lagi sayup tingginya... sama jek sempit... dahlah jalan masih sama jugak penuh batu berselerak... bergerutu dan berlubang... letih...
23. sampai pekan Grik kita org lepak masjid jumpa brader tabligh ni... respect giler dia dgn semangat kita org... lepas usrah tu kita org tak lekang bibir berzikir Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar... yeelah tujuan kita org mengembara pun kerana menghayati keindahan alam ciptaan Allah... tu pun dah kira cam zikir gak kan..
24. lewat petang kita org kayuh jugak... redah jek... kut kut ada jumpa surau lain depan nanti...
25. nak masuk maghrib baru kita org masuk highway... masa tu masih di kenali Jalan Raya Timur Barat... suspen najis gajah merata-rata kat tengah jalan... sambil siap kena kejor ngan sekumpulan kera... dari jauh macam jinak rupanyer ganas giler...
26. selepas 17km hari makin gelap... hutan makin tebal dan sunyi... jumpa kem askar pertama kita org singgah... "hello sir!... where are you going sir?" mati-mati askar tu semua ingat kita org ni mat saleh... sebab tak logic org melayu naik basikal masuk highway ni... terkejut besor dia org... "hangpa suma tidoq sini laa... sat gi kena pijak ngan 'org besaq'(gajah)... leceh..." tu dia keluar daa slang...
27. malam tu pertama kali kita org tidur dalam kem askar tengah hutan... mandi air gunung melalui paip buluh... makan semewah-mewah makanan... sardin, ayam, daging, telur, sayur, kek, roti... teh tarik dlm cerek... siap ada persembahan lawak jenaka lagi..
28. masa pekena kopi...tetiba ada satu jeritan yg teramat kuat... "gajah! gajah! gajah!...." panik giler kita org... apa yg aku bayangkan kem ni kena rempoh dengan beberapa ekor gajah... mampuiih laaa... rupanya jeritan dua ekor beruang yg tengah berkelahi... beruang tu memang dah biasa datang carik makanan kat situ... masa tu udean tengah sibuk betul main M16...
29. walaupun dapat merasa tidur atas tilam setelah sekian lama... esuk subuh mesti bangun mandi air gunung lagi... menggeletor sejuk... dihidangkan pulak dgn roti telur, nasik dan mee hoon goreng dgn milo... cukup bertenaga... siap bungkuskan lagi makanan untuk seperjalanan kita org nanti...
30. paling best kita org bertiga dapat pengiktirafan ATM sebagai 'Orang Melayu Pertama yang kayuh basikal merentasi Jalan Raya Timur Barat'... huiiiyoooo terrerr!!!
31. tersenyum sedih dan sayu... kita org mengorak kayuhan untuk terus mendaki... memasing lama terdiam sebab bangga dan cukup terharu... menjelang tengahari singgah di air terjun pertama... tambah tenaga dgn mee hoon dibungkus brader askar tadi...
32. akhirnya sampai jugak ke Tasik Banding... sayang tak sempat memancing walau sekejap pun... punyalah cantik hutan kat Malaysia ni... warna hijau yg di dalam hijau itu beribu-ribu jenis warna hijau yang kehijauan... hijau kuning...hijau merah... hijau kelabu... hijau biru... Subhanaallah...
33. tasik ni bersambung ngan TasikTemenggor... sini banyak org jual ikan tasik di sekitar kedai tetepi jalan.. besor-besor belaka...
34. kayuh dan terus kayuh... daki bukit... lelah berenti... tolak sampai puncak... turun bukit laju giler lepas tu... menjerit happy sambil lepas tangan... lori balak pun aku overtake... masa ni kita org banyak terpisah sebab sapa power jalan dulu... aku memang tetap last sokmo...
35. 1000 meter dari paras laut... giler... camana kita org boleh sampai puncak ni...
36. sampai sempadan negeri Terengganu... singgah di sebahagian dari hutan simpan Air Terjun Sekayu...
37. jejak sempadan Kelantan, Jeli... di pekan kecil inilah kami bermalam di surau tepi bukit batu kapur... makan kat kedai tomyam koboi... murah... sedap... banyak... esuk pagi pun sama... makan nasik kerabu penuh satu pinggan punya laa murah...
38. esuknya melalui jalan kampung kita org redah masuk ke sempadan Thailand... bukan kat Rantau Panjang... tapi naik perahu jek ikut sungai celah kampung sampai ke Siam... tapi bukan bandar besar... cuma pekan koboi kecik... nak seludup beras tapi kang tak larat nak pikul...
39. masyarakat sana sama jek cam org Kelantan... tu yang jumpa ngan castello dgn sepupu dia... dia org ni lah yang jadi guide kita org... mie sempat laa seludup rokok siam...
40. selepas kita org seberang sungai... start kayuh semula... turun ke Besut... kita org banyak berenti sebab panas giler... mujur sepanjang perjalanan banyak 'wakaf' atau bus stand besor... ada pelantar lagi... siap boleh baring... permandangan tetap cantek... sawah padi... hutan simpan... cekmek molek...
41. dekat nak asar akhirnya sampai Kuala Terengganu... org kampung sekitar situ semua ingat kita org ni mat salleh... semua panggil "hello sir..." pelik... apa kita org ni tak cukup hitam ke?
42. sempat laa pepusing bandar Kuala Terengganu... carik penyu...
43. kita org lepak tepi pantai... ada satu surau nelayan kat situ... baju kita org bawak 2-3 helai jek... cam biasa kalau kita org basuh... jemur laa kejap atas handle basikal masa kayuh tu... sekejap jek kering...
44. kali ni kita org kayuh sampai lewat malam... bila malam aku paling depan dan paling laju... sebab mata aku paling terang mungkin... sebab tu laju... sampai di pekan Paka baru jumpa surau... kat sini kita org jumpa satu brader ni... pegawai pertanian daerah yang baik giler... masa tu baru habis kelas tajwid... dia sponsor dinner dan breakfast kita org esuknya kat umah dia... siap bagi duit belanja lagi sorang 10 hinggit... dia seronok tengok kita org... sebab dia dulu pun "hitchhiker" jugak..
45. start dari Paka kita org ikut jalan kampung tepi pantai... seronok kereta tak banyak... boleh nyanyi-nyanyi lagi kuat-kuat... 'kembara di tanah gersang'... 'rajawali terbang tinggi'... udean nyanyi lagu ella cam biasa... sedar tak sedar sampai sempadan Pahang... lalu kat roadblock... polis soal siasat mintak passport... tak caya kita org anak jati 1Malaysia... nasib mie terrer ayat...
46. dari Cherating nak ke bandar Kuantan seksa giler sebab cuaca makin panas... rasa nak terjun jek masa lalu kat memana sungai... atau tasik paya bakau... nak beli air 'seratus campur' mana mampu...
47. sebab cuaca yg teramat panas kita org kerap kali terpisah... semua kerana banyak kali singgah carik bekalan air yg makin kurang... main janji jek jumpa kat Teluk Chempedak...
48. senja baru kita org sampai... melepek memasing terbaring keletihan yang melampau... dekat 2 minggu lebih kita org berkayuh haram tak kena setitik hujan pun... esuknya tu kat Kuantan baru laa hujan... kerana amaran keras banijr kita org lepak lama di Kuantan carik duit dan carik tenaga sebelum meneruskan kayuhan ke Selatan...
49. catatan pengembara oleh Najmudin Muhamad kerana dapat pengiktirafan dari ATM dan keluarnya artikel ni dalam akbar Berita Harian pada 18 May 1990... ramai yg nak mendapatkan kita org untuk menyiarkan cerita dan gambar 'adventure' untuk turut sama berkongsi pengalaman tentang "tour malaysia" kita org tu...
Foto Bah
Subscribe to:
Posts (Atom)
Recent Comments