Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Vape Diharamkan Di Universiti
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan menjalankan kajian dalam aspek kesihatan dan sosial sebelum membuat keputusan mengharamkan penggunaan rokok elektronik atau vape di universiti.
Menterinya, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, kajian itu perlu dilakukan agar perbezaan pendapat mengenainya dapat diselesaikan bagi memastikan keputusan yang dibuat diterima semua pihak.
Beliau berkata, untuk tujuan itu, kementerian melalui Universiti Kebangsaan Malaysia akan menjalankan kajian menyeluruh mengenai amalan vape yang dilihat menjadi budaya baharu dalam kalangan pelajar universiti.
“Hasil kajian yang dijangka mengambil masa enam bulan itu akan turut digabungkan dengan kajian yang dilakukan Universiti Sains Malaysia (USM) sebelum dibentangkan kepada Kabinet untuk tindakan lanjut,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Forum dan Persidangan Meja Bulat Pemimpin Muda Jaminan Kualiti ASEAN di sini semalam.
Kosmo! pada Selasa lalu, melaporkan mengenai kehadiran cecair perisa vape mengandungi dadah jenis ganja selepas sampel diuji di makmal Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur (Eseri), Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu.
Mengulas lanjut, Idris berkata, pihak universiti bagaimanapun dibenarkan membuat keputusan untuk mengharamkan vape di institusi pengajian masing-masing sebagaimana pengharaman rokok yang dikuatkuasakan di beberapa universiti, antaranya di USM yang menggariskan dasar kampus hijau yang diamalkan.



Kosmo Online

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments