LIMPOPO, Afrika Selatan – Seekor harimau bintang yang lapar menerima padah ketika cuba menerkam seekor landak selepas badannya dipenuhi dengan duri haiwan itu baru-baru ini.
Jurugambar, Helgard de Villiers yang merakamkan kejadian itu ketika mengunjungi Taman Negara Kruger, Afrika Selatan berkata, kedua-dua haiwan itu seakan-akan terlibat dalam satu pergaduhan hebat di sebalik semak sebelum harimau bintang berkenaan muncul dengan kesan luka pada badannya.
“Saya lihat harimau bintang itu mendekati sesuatu di sebalik semak dan ia kelihatan berwaspada dengan haiwan di hadapannya,” ujar de Villiers.
Harimau berkenaan menerkam dua ekor landak dan berjaya menangkap seekor landak yang lebih besar menggunakan kukunya.
Bagaimanapun, harimau bintang itu gagal dalam pemburuannya dan keluar dari semak dengan kesan kecederaan selain memerlukan masa lebih satu jam untuk menanggalkan duri landak tersebut daripada badannya. – Agensi/Kosmo
No comments
Post a Comment