Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Bapa Bongkar Tong Sampah Demi Sesuap Nasi Dengan Anak
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


KASIH ibu bawa ke syurga, kasih bapa sepanjang masa.
Begitulah yang boleh kami ungkapkan tatkala melihat sekeping gambar yang dikongsikan seorang netizen ini.
Demi kasih terhadap anak perempuan, seorang lelaki terpaksa membuang perasaan malunya dengan mencari barangan terbuang dalam tong sampah yang boleh dijual kepada peniaga kitar semula.
Semua dilakukan semata-mata bagi mencari sesuap nasi kepada keluarga tercinta.
Apa yang menyayat hati, seorang kanak-kanak perempuan dipercayai anaknya dilihat duduk di kaki lima berdekatan sambil menyaksikan bapanya sedang mencari rezeki.
Aksi dua beranak yang dirakam di kawasan Sentul Raya, Kuala Lumpur ini sekaligus mengundang perasaan simpati orang ramai yang melihatnya.
Bayangkan, setelah berhempas pulas memastikan anak membesar sempurna, ada juga individu yang tidak menghargai ibu bapa yang berkorban nyawa dan wang ringgit demi mereka.
Buktinya, lihat sahaja kes viral yang berlaku baru-baru apabila seorang anak sanggup memarahi ibunya sendiri di tempat awam.
Semoga apa yang berlaku ini menjadi pengajaran buat kita semua agar menghormati insan bergelar ibu bapa. 

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments