FILEM pecah panggung Back To The Future II yang ditayangkan pada 1989 telah memperlihatkan kepada penonton beberapa barangan futuristik.
Antaranya adalah baju yang boleh disesuaikan dengan saiz sendiri, iklan interaktif, kenderaan terbang dan juga kasut pintar yang boleh mengetatkan talinya secara automatik.
Ramai berharap barangan yang diperlihatkan dalam filem tersebut direalisasikan, salah satunya kasut pintar yang menggunakan jenama Nike itu.
Kini lanjutan daripada pelbagai kajian dan pembangunan, Nike mengumumkan mereka bersedia untuk mengeluarkan kasut pintar seumpamanya secara realiti
Apabila pengguna memakai kasut pintar, talinya akan diketatkan secara automatik mengikut saiz kaki pengguna.
Nike mengatakan teknologi ini masih pada peringkat awal namun tidak mustahil jika ia diaplikasikan pada pelbagai variasi kasut mereka pada masa hadapan.
Kasut Nike MAG pintar yang akan dijual pada tahun hadapan ini bagaimanapun, ditawarkan dalam bentuk lelongan dahulu bagi mengumpulkan dana untuk badan kebajikan.
No comments
Post a Comment