Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Penyampai TV Sanggup Makan Puding Diperbuat Dari Darah Sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post



LONDON – Seorang penyampai TV, Dr Michael Mosley akan melakukan satu eksperimen yang agak `menjijikkan’ iaitu makan puding yang diperbuat daripada darahnya sendiri.
Ujian berkenaan akan dilakukan dalam satu dokumentari The Wonderful World of Blood bagi melihat darah dengan lebih mendalam dari aspek perubatan.
Dalam ujian yang dilakukan itu, beliau akan menjalani enam eksperimen dengan menggunakan darahnya termasuk menyuntik bisa ular untuk melihat bagaimana darah membeku dalam masa beberapa saat.
Beliau juga akan terlibat dalam dokumentari 9 Months That Made You yang akan memperlihatkan bagaimana pembentukan bayi.
Dr Mosley yang merupakan bekas eksekutif bank, sebelum ini telah mencipta diet intermittent fasting yang turut diikuti oleh selebriti seperti Jennifer Aniston, Gwyneth Paltrow dan Jennifer Lopez.
Dalam rancangannya di televisyen sebelum ini. Dr. Mosley yang mendapat pendidikan di Universiti Oxford telah mengkaji dunia parasit bagi menentukan bagaimana kesihatan manusia terjejas sebaik sahaja keluar dari perut ibu.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments