Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » PANAS - Peserta Lumba Lari Bertudung Pakai Seluar Pendek?
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


KUALA LUMPUR – Tindakan penganjur sebuah kejohanan sukan di Johor memaksa pelajar perempuan beragama Islam memakai seluar pendek semasa menyertai acara lumba jalan kaki bertentangan dengan syariat Islam.
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Suhaizan Kayat berkata, pelajar perempuan itu tidak semestinya perlu memakai seluar pendek semata-mata untuk memastikan pengadil perlawanan itu dapat melihat lengkukkan lutut peserta.
“Mengikut peraturan acara lumba jalan kaki, pengadil memerlukan untuk melihat lengkukkan lutut peserta untuk membezakan di antara berjalan kaki atau berlari.
“Cara yang paling mudah adalah dengan meminta peserta memakai seluar pendek. Ini bertentangan dengan syariat Islam khususnya peserta wanita Muslim. Kementerian Pendidikan perlu memberi perhatian berkenaan isu ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Suhaizan berkata, pihak penganjur sepatutnya meminta pelajar perempuan terbabit memakai set lengkap ketat berwarna gelap dan berseluar pendek yang longgar.
Beliau semalam memaklumkan telah mengarahkan Pemuda PAS Johor membuat siasatan dan mengadakan pertemuan dengan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk membuat teguran.
- MYNEWSHUB.CC

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments