Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Lelaki Paling Gemuk Di China Berjaya Kurangkan 146kg
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


BEIJING – Liang Yong pernah dinobatkan sebagai lelaki paling gemuk di China dengan memiliki berat 222.26 kilogram dan terpaksa diangkat ke hospital dengan menggunakan treler.
Namun selepas mengamalkan diet sihat dan senaman selama lima tahun, Liang berjaya mengurangkan berat sebanyak 76 kilogram dan kini beratnya adalah 146.06 kilogram.
Ketika mula-mula dirawat, dia terpaksa menggunakan treler khas kerana badannya yang gemuk tidak muat untuk dimasukkan ke hospital.
“Ia merupakan satu rekod yang tidak boleh dibanggakan apabila saya dinamakan sebagai lelaki paling gemuk di China pada 2007. Kini saya berharap untuk dinobatkan sebagai lelaki yang turun berat badan paling banyak,’’ katanya.
Jelasnya, dia memilih untuk mengamalkan diet yang sihat supaya berat badannya dapat turun dengan perlahan dan dengan cara ini, ia dapat mengelakkan kulit menggeleber dan kesan kepada kesihatan akibat perubahan berat badan yang mendadak.
Jelasnya, dia dilahirkan dengan berat badan 4.9 kilogram dan sejak itu Liang terus membesar.
“Pada usia tiga tahun 25 kilogram, pada usia lapan tahun (76 kilogram) dan meningkat menjadi 177 kilogram ketika saya berumur 14 tahun.,’’ katanya.
Liang kemudiannya dibawa ke hospital tempatan yang bersetuju untuk merawatnya dengan percuma bagi membolehkan pihak hospital mencatatkan kemajuan dalam data dan perubatannya.
Ini kerana, rekod perubatan itu boleh digunakan untuk merawat pesakit obes yang lain di negara itu ketika berat badan menjadi masalah yang semakin serius di China.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments