Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Cuma Guna Cawan Berisi Air, Suri Rumah Kerugian RM42 Ribu
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Lakaran wajah lelaki pertama yang dikehendaki bantu siasatan polis.

BATU PAHAT - Dengan hanya bermodalkan sebuah cawan berisi air, tiga individu berjaya memperdaya seorang suri rumah sehingga kerugian RM42,000.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.17 petang, Isnin lalu, mangsa berusia 60 itu, didatangi seorang suspek yang memperkenalkan diri sebagai tabib ketika berada di hadapan sebuah klinik di Jalan Kluang, di sini.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, tabib berkenaan mendakwa dirinya mampu mengubati pelbagai jenis penyakit, termasuk penyakit ‘berbahaya’ yang dihidap suri rumah itu.

“Setelah berbual-bual berkaitan penyakit dihidap, dua lagi suspek menghampiri lokasi berkenaan, di mana mereka meyakinkan mangsa yang suspek pertama sememangnya seorang tabib handal.

“Untuk meyakinkan mangsa, suspek pertama menyuruh suspek kedua memasukkan jarinya ke dalam cawan berkenaan, namun air itu tidak berubah warna.

“Tetapi berbeza setelah mangsa memasukkan jarinya ke dalam cawan sama, di mana air terbabit berubah menjadi kekuningan dan suspek memberitahu penyakit mangsa berada di tahap bahaya,” katanya.

Menurut Din, suspek kemudiannya memberitahu dia mempunyai ubat penyakit tersebut, namun menyatakan ubat berkenaan terlalu mahal sehingga mencecah RM50,000.

Katanya, disebabkan bimbang dengan kesihatannya, mangsa memberitahu mempunyai sekitar RM40,000 dan suspek bersetuju dengan jumlah itu

“Mangsa mengeluarkan RM42,000 daripada sebuah bank dan menyerahkannya kepada suspek.

“Suspek pertama kemudiannya menghantar mangsa pulang ke rumah dan berjanji menghantar ubat itu ke rumah mangsa secepat mungkin, namun tidak muncul," katanya.

Berikutan itu, pihaknya meminta orang ramai yang mengenali suspek memberikan maklumat kepada pihak polis.

“Ini bukan kejadian pertama di sini, kita minta orang ramai berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan sebarang taktik penipuan,” katanya. - Sinar Online

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments