Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » 2 Maut, 4 Parah Kereta Perisai ATM Terbalik Di Sandakan
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post



SANDAKAN – Dua anggota tentera maut manakala empat lagi parah selepas sebuah kereta perisai milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terbalik di Jalan Sungai Tiram, Batu 19, dekat sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 11.40 pagi itu, dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian, manakala empat yang parah dihantar ke Hospital Duchess of Kent, di sini, untuk rawatan lanjut.

Dua anggota tentera yang maut ialah mohd Hanif Patahur Rahim, 31, dan Ahmad Fikri Mansor, 23.

Mereka bersama anggota yang cedera adalah dari Kem Batu 10 di Kuantan, Pahang yang bertugas di sini mengikut Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) mulai 15 Jun lalu hingga 15 September ini.

Difahamkan, ketika kejadian mereka dalam perjalanan pulang ke Kem Sri Kinabatangan selepas menjalankan rondaan keselamatan di sebuah resort di sini. 

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments