London – Seorang ibu, Clair Bartlett, 34, mengalami pengalaman yang
menakutkan apabila kesan jahitan pembedahan di perutnya terbuka seperti
zip baju, mengakibatkan luka itu terngaga sepanjang sembilan inci.
Kejadian berlaku selepas beberapa jam Clair dibenarkan pulang ke rumahnya oleh hospital.
Nasibnya bertambah malang apabila dia terpaksa menunggu hingga dua jam sehingga ambulans tiba di rumahnya.
Keadaan itu menyebabkan Clair berada dalam kesakitan yang amat sangat selain darah yang tidak berhenti mengalir.
Melihat keadaan berkenaan, suaminya, Jason tiada pilihan lain kecuali
menggunakan pita pelekat untuk melekatkan semula bekas jahitan
pembedahan tersebut.
“Ketika itu, Clair baru balik dari hospital dan berada dalam bilik
air. Kemudian anak perempuan saya bertanya kepada isteri saya sama ada
dua mengetahui bahawa lukanya itu berdarah.
“Clair kemudian menghubungi saya dan memberitahu bahawa lukanya
terbuka seperti zip baju. Dalam masa sama anak-anaknya yang lain
ketakutan dan berada dalam trauma melihat keadaan ibunya itu,’’ katanya.
Jason kemudiannya menghubungi 999 namun ambulans hanya tiba dua jam selepas panggilan dibuat.
Doktor memaklumkan luka pembedahan itu mengalami jangkitan, menyebabkan ia tidak dapat pulih sepenuhnya.
Pasangan berkenaan kini bercadang mengambil tindakan terhadap pihak hospital di atas kecuaian tersebut.
No comments
Post a Comment