Gambar dua gadis memakai t-shirt labuh tertera perkataan KEEP CALM AND WEAR HIJAB kini giat dikongsikan di laman sosial.
Rata-rata mengutuk penampilan gadis tersebut kerana meski pun
bertudung dan labuh t-shirt dikenakan, ia tiba-tiba terbelah di tepi
menampakkan lengging yang dipakai menyerupai paha.
Hal ini membuatkan pemakai t-shirt labuh dengan tulisan begini seakan-akan sengaja mahu menjatuhkan imej Islam.
Sebenarnya bukan fesyen serupa ini saja tapi banyak lagi busana yang
dikenakan muslimah bertudung pada hari ini boleh diibaratkan bagai
memakai pakaian tapi bertelanjang kerana terlalu ketat, singkat dan
jarang.
Sebaik-baiknya peliharalah maruah agama apatah lagi apabila kepala sudah molek dilitup tudung.
No comments
Post a Comment