Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Mayat bayi perempuan dalam mangkuk tandas
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


Ampang: Seorang kakitangan kedai menjual barangan kesihatan terperanjat apabila menemui mayat bayi dalam tandas premis berkenaan di Taman Melawati, di sini, kelmarin.
Mayat bayi perempuan itu ditemui ketika kakitangan berkenaan hendak ke tandas, jam 4 petang. 
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata, seorang staf syarikat kedai berkenaan menghubungi Balai Polis Hulu Kelang jam 8.35 malam dan memaklumkan penemuan mayat bayi perempuan dalam tandas premis itu. 

Soal siasat mendapati staf berkenaan menemui mayat bayi cukup sifat dalam mangkuk tandas.

Pemeriksaan mendapati bayi berkenaan meninggal dunia ketika ditemui dan dihantar ke Hospital Ampang untuk bedah siasat.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan. 

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments