Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Tasha Shilla Tak Kisah Kekasih Bertatu
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post


SUDAH lama tidak mendengar cerita mengenai pelakon muda ini kecuali mengenai gosip percintaannya dengan seorang lelaki yang juga atlet muay thai.

Walaupun sebelum ini mengaggap lelaki berkenaan sekadar kawan, keintiman antara mereka sejak beberapa bulan kebelakangan ini akhirnya membuatkan Tasha Shilla tidak mahu berahsia lagi mengenai hubungan istimewa mereka.Bercakap mengenai hubungan cinta Tasha, timbul juga soksek-soksek mengenai tatu yang ‘melata’ di badan kekasihnya itu sehingga ada juga peminat yang menjadikannya bahan bualan di laman sosial.
Maklum sahajalah, Tasha sendiri pun tidak kisah berkongsi gambar bersama kekasihnya itu yang diketahui bukan beragama Islam dan meminati tatu.


Tidak pernah mengulas tentang perkara tersebut, baru baru ini Tasha Shilla menerusi majalah Media Hiburan memberitahu yang beliau sebenarnya tidak pernah ambil pusing dengan keadaan fizikal kekasihnya itu lebih lebih lagi tentang isu bertatu.
“Saya bukan jenis individu yang suka menilai orang lain dari luarannya. Jadi saya tidak mahu menilai dia berdasarkan perkara tersebut, jelas selebriti ini ringkas yang turut menolak dakwaan yang beliau hanya mahu bercinta dengan ahli sukan,” kata Tasha.



Mengulas tentang percutian beliau bersama kekasihnya ke Phuket baru baru ini, Tasha Shilla menjelaskan yang ianya dirancang oleh satu kumpulan produksi drama selepas tamat menjalani penggambaran selama enam bulan dan bukan pergi berdua sahaja. 

“Saya teruja dengan percutian ini kerana itulah pertama kali saya ke Phuket dan kami sempat pergi ke lapan pulau yang terdapat di situ. Saya juga berpeluang belajar muay thai selama tiga hari di sana,” tambah Tasha Shilla lagi.

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments