Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Warga Myanmar Maut Dikelar Dan Ditetak
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Gamabr Hiasan
Kajang: Seorang lelaki warga Myanmar ditemui mati dengan kesan kelar di leher dan tetakan di kepala di belakang restoran di Jalan Temenggung 19/9, Bandar Mahkota Cheras, malam tadi.
Mangsa yang dikenali sebagai Gin Sian Hku, 20, ditemui seorang lelaki kira-kira 8.15 malam.
Dia kemudian menghubungi polis memaklumkan kejadian itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Abdul Ghani Mohd Ji berkata, maklumat pertama yang diterima berhubung seorang lelaki dibunuh sekumpulan lelaki Nigeria.

Bagaimanapun, katanya, siasatan lanjut di tempat kejadian mendapati mangsa kemungkinan diserang dua atau tiga lelaki warga Myanmar selepas bergaduh sesama sendiri.

"Pemeriksaan di tempat kejadian menemui sebilah pisau pemotong daging berhampiran mayat mangsa namun pisau itu bukan digunakan untuk membunuh sebaliknya pisau mangsa sendiri yang bekerja sebagai pemotong ikan.

"Mangsa mungkin pekerja di sebuah restoran di sini tetapi siasatan belum mengenalpasti majikannya kerana semua restoran sudah tutup sebaik polis tiba di lokasi kejadian," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian. 

Abdul Ghani berkata, pemeriksaan ke atas mayat mendapati tangan mangsa masih dipenuhi sisik ikan dan tidak menolak kemungkinan mangsa diserang ketika sedang bekerja.

"Mungkin berlaku pergelutan dan mangsa juga lari beberapa meter dipercayai untuk menyelamatkan diri.

"Terdapat kesan kelar pada bahagian kiri leher mangsa dan kesab tetakan di kepala dipercayai dipukul dengan objek tumpul," katanya.

Menurutnya, polis masih mengesan suspek dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.Mayat dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat. HM

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments