Kuala Lumpur: Akibat terlalu percayakan dua rakan bergelar ustaz, seorang lelaki kini tenggelam punca apabila wang untuk majlis perkahwinannya sebanyak RM150,000 lebur di tangan ‘Sheikh Sudan’ dua beranak.
Mangsa yang mahu dikenali sebagai Amin, 28, berkata, dia setuju meminjamkan wang kepada dua rakannya itu atas dasar percaya dan bagi membalas jasa mereka yang pernah menolongnya sebelum ini.
“Saya sama sekali tidak menyangka mereka menyerahkan pula wang itu kepada dua beranak dari Sudan yang mereka panggil Sheikh untuk upacara tarik duit,” katanya.
Amin berkata, ketika mahu meminjam wang, dua rakannya yang bergelar ustaz itu memberi alasan mereka memerlukan wang untuk perniagaan dan berjanji membayar semula dalam tempoh lima jam.
Menurutnya, kejadian itu berlaku awal Mac lalu dan kini dia pening memikirkan bagaimana mahu meneruskan majlis perkahwinannya yang dijadual Jun depan kerana masih gagal mendapatkan wangnya semula. HM
No comments
Post a Comment