Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» » Pelatih Polis Tipu Sampel Air Kencing Lahir Anak Dalam Tandas HKL
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post



Pada 15 Apr 2014 lebih kurang jam 11.40 pagi, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur telah dimaklumkan oleh Hospital Kuala Lumpur (HKL) bahawa seorang wanita yang dikenal pasti sebagai pelatih yang sedang menjalani latihan di PULAPOL, telah melahirkan anak perempuan di dalam tandas Jabatan Kecemasan Hospital berkenaan.
Kedua-dua ibu serta anak dalam keadaan sihat dan bayi tersebut disahkan oleh pakar perbidanan dilahirkan cukup bulan.
Siasatan awal mengesahkan bahawa pelatih tersebut telah melalui saringan ujian air kencing pada 21 Jan 2014 dan disahkan Negatif oleh Jabatan Pathologi HKL. .
Sepanjang menjalani latihan di PULAPOL, tidak terkesan sebarang perubahan fizikal yang menunjukkan tanda-tanda kehamilan disebabkan saiz badannya yang kecil.
Pelatih dirujuk ke HKL pada 15 Apr 2014 satelah mengadu mengalami bengkak di kaki dan kurang sihat.
Selepas melahirkan bayi, pelatih telah membuat pengakuan bahawa semasa ujian air kencing dijalankan, beliau telah mencampurkan air ke dalam sampel air kencing bagi mengelakkan terkesannya hormon kehamilan.
Tindakan ini telah disahkan oleh pakar perubatan sebagai berupaya mengurangkan konsentrasi hormon Beta HCG yang memberi kesan Positif dalam ujian kehamilan.
Berasaskan pengakuan pelatih tersebut, PDRM berharap tidak wujud sebarang spekulasi negatif dibuat oleh mana-mana pihak berhubung kejadian ini. (FB PDRM)

About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments