KUALA LUMPUR – Seorang pengguna Facebook yang mengaku dirinya anak saudara kepada mendiang Karpal Singh mendakwa kemalangan yang mengorbankan Penasihat DAP itu sebenarnya dirancang oleh kerajaan.Lelaki yang menggunakan nama Anil JS itu dalam statusnya mendakwa, kejadian tersebut adalah antara perancangan selepas kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tragedi kehilangan pesawat MH370.
Anil turut mencabar pihak berkuasa untuk menahannya ekoran status tersebut.
Bagaimanapun, rata-rata pengguna laman sosial yang berkongsi status berkenaan mengecam Anil yang terlalu mengikut perasaan sehingga membuat tuduhan secara membabi buta.Setakat ini, polis belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung penyebaran status berkenaan.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1.10 pagi tadi, Karpal yang juga peguam kanan terbunuh dalam nahas yang turut mengorbankan pembantu peribadinya, Michael Cornandez manakala anaknya, Ram Karpal cedera parah.
Karpal dipercayai sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang bagi menghadiri satu kes mahkamah meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.
Kemalangan dikatakan berlaku apabila Toyota Alphard yang dinaikinya hilang kawalan sebelum merempuh bahagian kanan sebuah lori yang sarat dengan muatan simen dan besi.
No comments
Post a Comment